Video: Penumpang Uber Terkejut Batman Datang Ambil Dengan Lamborghini
Uber
Bila Batman jadi pemandu Uber

Korang tidak perlu miliki wajah kacak untuk popular. Korang juga tak perlu ada bakat berlakon atau menyanyi untuk miliki peminat YouTube melebihi sejuta orang.

Apa yang korang perlukan hanya daya kreativiti untuk merakam video dengan kandungan menarik ataupun dengan lebih tepat lagi sesuatu yang lain dari yang lain. Tambah sedikit elemen mengarut pun bagus. Lebih best kalau ia melibatkan penglibatan orang ramai tanpa pengetahuan mereka.

Ambil contoh Josh Paler Lin ini. Dia gemar buat video prank dan video terbarunya ialah tentang perkhidmatan UBER di mana dia sendiri yang jadi pemandu-dalam kostum dan watak Batman. Siap ambil penumpang guna Lamborgini lagi yang diubah suai sedikit bentuknya.

Untung semua penumpang yang mendapatkan khidmatnya haritu. Selain dapat selfie dengan Batman, mereka gembira kerana berpeluang menaiki kereta Lamborghini buat pertama kali.

Nampak simple saja video tetapi ia telah ditonton lebih sejuta pelayar hanya dalam masa dua hari!

Artikel berkaitan