Video: Lelaki Indonesia Cipta Tangan Iron Man Untuk Tangan Kiri Yang Lumpuh
Robot
'Iron Man Indonesia'

Allah itu Maha adil. Jika dia tarik sesuatu nikmat daripada kita, dia akan bagi nikmat yang lain.

Bagi Tawan yang berasal dari Indonesia, itulah yang berlaku kepadanya. Dia yang sudah beristeri dan mempunyai tiga orang anak disahkan mengidap strok sejak enam bulan lalu
hingga menyebabkan tangan kirinya lumpuh dan tidak boleh bergerak.

Dia bekerja sendirian di kedai mengimpal sendirian dalam keadaan yang daif. Namun Tuhan mengurniakan bakat untuk Tawan mengatasi masalah itu. Mempunyai pendidikan dalam kejuruteraan mesin sewaktu zaman persekolahannya, Tawan telah menghasilkan tangan robot yang dikawal menggunakan otak untuk menggerakkan semula tangan kirinya.



Untuk menggerakan tangan robot itu, Tawan perlu benar-benar fokus. "Saya perlu fokus pada minda saya supaya robot itu menggerakkan tangan kiri saya yang sudah lumpuh," ujarnya sewaktu ditemubual oleh Kompas TV.

Paling menarik, Tawan mencipta tangan 'Iron Man' itu dengan hanya menggunakan bahan terbuang daripada basikal, motorsikal, komputer dan apa saja yang sempat dijumpainya. DIa mengakui tangan kirinya kini berasa lebih kuat daripada tangan kanannya. Kini, dia boleh kembali bekerja untuk menyara isteri dan anak-anak.

Respek!

Kredit: Kompas TV

 

Artikel berkaitan