Bila Karaoke Carpool Adele Lagi Menyengat Berbanding Nyanyi Atas Pentas
Adele
Nyanyi dalam kereta pun dah macam ni punya best!

Penyanyi yang 'meletup' di Amerika dan England, Adele dibawa menaiki kereta untuk jalan-jalan sekitar kota London oleh hos rancangan lewat malam, James Cordon untuk sesi 'Carpool Karaoke'.

Carpool Kraoke merupakan sebahagian konsep rancangan Cordon di mana penyanyi popular dibawa menaiki kereta sambil menyanyikan lagu-lagu mereka dan juga artis lain secara santai.

Walaupun santai, netizen nyata kagum malah terpesona bukan saja dengan kelunakan suara Adele, tetapi juga sikapnya yang happy go lucky.