Tesco Bukit Mertajam Tawar Pekerjaan Kepada Lelaki Yang Terpaksa Mencuri
curi
Demi anak-anak kelaparan & isteri yang terlantar di ICU

All hope is not lost!

Itu kesimpulan yang dapat Abang Ohsem buat mengenai tindakan paling tidak disangka pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam terhadap seorang lelaki yang ditangkap mencuri buah-buahan di pasaraya itu baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Awani, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Pirdaus Azizan, 31 telah ditangkap kerana mencuri buah-buahan dan minuman dalam tin oleh pengawal keselamatan pasaraya itu. Paling mengejutkan, Mohd Pirdaus tidak diserahkan kepada polis, sebaliknya dia ditawarkan untuk bekerja di Tesco tersebut!

Tindakan Pengurusan Tesco Bukit Mertajam yang tidak disangka-sangka ini dibuat berikutan siasatan terperinci yang dibuat ke atas Mohd Pirdaus yang dikatakan terpaksa mencuri.

Berdasarkan laporan, Pirdaus dikatakan mencuri kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk anak-anaknya yang kelaparan. Dalam masa yang sama, isterinya, Norfarahiza, 31, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Bukit Mertajam kerana masalah komplikasi akibat keguguran.

Pengurus Tesco Mall Bukit Mertajam, Harlina Arijauddin dan Pengurus Sumber Manusia, Nurdiana Ajis mengesahkan tindakan Pengurusan yang dilakukan terhadap Pirdaus.

"Kami bukan mahu menggalakkan kecurian. Tetapi, kes ini berbeza. Kami sudah menjalankan siasatan dan mendapati apa yang diceritakan Pirdaus memang benar. Kami bersimpati dengan kesusahannya dan kami faham apa yang dilakukan adalah kerana terpaksa," ulas wakil Tesco kepada Astro Awani.  

Pihak Polis Bukit Mertajam menjelaskan mereka tidak megambil tidakan terhadap Pirdaus keraa tiada laporan dibuat.  
 

Artikel berkaitan