"Tepuk Dinding Kapal Ketika Solat di Angkasa Lepas"- Syeikh Muszaphar
Angkasawan
Solat di angkasa lepas

Abang Ohsem sempat berjumpa dengan angkasawan terkemuka negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika beliau datang ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf untuk menceritakan pengalamannya ketika berada di angkasa lepas sembilan tahun lalu.

Menurut beliau, ketika berada di angkasa lepas kitaran bumi yang berputar setiap 90 minit menyukarkannya untuk menetapkan waktu solat.

"45 minit hari siang. Kemudian, 45 minit seterusnya jadi malam. Kita harus solat 80 kali. Itu bermakna setiap lima minit saya kena bersolat.

Saya kemudian berbincang dengan ulama dan mendapatkan rujukan Jakim untuk bersolat. Keputusannya, saya hanya perlu bersolat sebanyak lima kali sehari mengikut waktu solat di Kazakhstan," ujarnya lagi.

Tentang wuduk, Sheikh Muszaphar menjelaskan dia menggunakan kaedah tayamum dengan menepuk dinding di ruang kapal angkasa sebelum menunaikan solat.

Artikel berkaitan