Teknik Salah 'Jumping Battery' Kereta: Brader Ini Tunjuk Cara Yang Betul
kereta
Cara 'jumping' kereta yang betul bagi elak kerosakan

Apabila bateri kereta mula buat perangai dan tiba-tiba 'kong,' kita akan minta 'jumper' pada rakan-rakan untuk bantu hidupkan semula kereta.

Caranya seperti biasa ialah dengan sambungkan kabel jumper mengikut cas positif dan negatif pada terminal bateri masing-masing. Kemudian, kereta yang kena jumper pun hidup? Betul tak?

Melalui perkongsian oleh Tuan Arkhan di laman Facebooknya, cara meletakkan kabel jumper negatif pada terminal bateri kereta yang hendak dibantu adalah salah kerana jika tersilap jumping nilai voltage, ia akan menyebabkan berlaku kebakaran kepada computer box atau kerosakan pada ECU (Engine Control Unit).

Menurut status di Facebook miliknya:

"Cara yang betul untuk 'jumping battery' kereta (Rujuk rajah). Kesimpulannya, JANGAN sesekali letakkan kabel jumper negatif pada terminal bateri kereta yang hendak dibantu (Kereta yang x bleh start), sebaliknya letakkan pada mana-mana bahagian enjin."



Berdasarkan respon Tuan Arkhan kepada salah seorang pelayar, lebih elok kabel cas negatif itu dihubungkan kepada enjin terus, yakni lebih hampir dengan 'starter motor.'

Sebagai informasi, Tuan Arkhan menyediakan khidmat servis kenderaan dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang penyelenggaraan kereta.

Kredit: FB Tuan Arkhan