Siap Ada Padang! - Pasangan Malaysia Kahwin Gaya Arsenal Raih Tumpuan Dunia
Kahwin
Dari awal ke akhir semuanya tentang Arsenal!

Apa jadi bila dua bakal mempelai yang akan melangsungkan perkahwinan meminati kelab bola sepak yang sama?

Jawabnya, tema perkahwinan mereka pasti mengambil inspirasi kelab yang diminati. Itulah yang dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin, Aqeel dan Deena yang merupakan die hard fans Arsenal. Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung awal April di sebuah hotel lima bintang di lembah klang lalu berkonsepkan 100% tema pasukan Arsenal!

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagi Avriesea, berkongsi beberapa keping foto majlis perkahwinan tersebut. Ia bukan sahaja mendapat perhatian netizen di Malaysia, malah beberapa portal berita antarabangsa seperti Fox Sport Asia dan Metro UK.

Paling menarik, bukan setakat para pengapit yang mengenakan pakaian Arsenal, malah ruang dekorasi majlis turut menggunakan tema warna merah putih yang merupakan warna asas kelab Arsenal serta paling rare-replika padang bola sepak mini yang ditempat dalam dewan majlis perkahwinan itu.



Turut dipasang sebuah skrin besar yang menunjukkan highlight perlawanan yang membabitkan pasukan Arsenal.

Memang terlampau minat sangat dekat Arsenal pasangan yang baru berkahwin ini. Rancang honeymoon nanti dekat mana? Stadium Emirates ke? hehehe

Sumber: Twitter Avriesea


 

Artikel berkaitan