Setelah Mencuba 12 Kali, "Office Boy" Ini Berjaya Jadi Juruterbang AirAsia
AirAsia
Kugan tak kenal erti putus asa

Inspirasi terbaik.

Itu yang dapat dikatakan tentang Kugan Tangiisuran, juruterbang pesawat AirAsia yang tidak pernah mengalah dalam mengejar cita-citanya bergelar juruterbang bertauliah.

Sebelum ini, Kugan hanya bekerja sebagai budak pejabat di AirAsia. Walau terikat dengan rutin hariannya, dia memasang impian bergelar juruterbang syarikat tambang murah itu dan telah mencuba sebanyak 11 kali dalam ujian kemasukan untuk menjadi pelatih namun, semuanya gagal.

Apa yang menarik, CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sendiri tahu tentang cita-cita Kugan, tetapi beliau tidak menggunakan kuasanya untuk membantu Kugan.

Ini disebabkan Tony mahu Kugan terus berusaha dengan gigih agar dipilih untuk menjadi juruterbang dan jangan sekali-kali berputus asa.

 

Akhirnya pada cubaan ke 12, Kugan berjaya dipilih menjalani latihan sebagai pelatih juruterbang dan kini telah berjaya menerbangkan pesawat AirAsia dengan membawa ribuan penumpang ke destinasi-destinasi dalam rangkaian mereka.

Kejayaan Kugan diakui oleh Tony sendiri melalui muat status pada laman twitter beliau serta ucapannya kepada para pelatih dan keluarga mereka dengan menjadikan Kugan sebagai contoh rakyat Malaysia yang berjiwa besar.



Gambar: FB Kugan Tangiisuran

Artikel berkaitan