Netizen Puji Model Cantik & Suami Kacak Buat Majlis Bertandang Cara Simple
Model
Model ni buat majlis paling simple

Bila difikirkan sejenak, bukan mudah nak buat majlis bertandang. Pendek kata, segalanya yang berkaitan dengan perkahwinan, baik majlis bertandang, hantar tanda, wang hantaran, tema baju-semuanya boleh membuatkan anda dan pasangan sakit kepala.

Kadang-kala, penyelesaiannya cukup mudah iaitu kita jangan terlampau berfikir tentang apa yang orang lain kata. Ayat-ayat seperti "baju dia nampak biasa, macam murah je," ataupun "lauk tak berapa sedaplah" memang biasa kita dengar. Sesetengah masyarakat kita memang suka memberi komen negatif hendak buat amcam mana?



Di saat orang lain pecah kepala untuk 'menjaga' hati orang lain, seorang model muslimah sambilan yang dikenali sebagai Syazwanie (Instagram @syazwanieyazip) bersama suaminya Shahiran, melangsungkan majlis bertandang dengan gaya paling simple-dengan si isteri hanya memegang beg, bukannya bunga. Mahkota atau perhiasan pun tiada cuma headchain kecil yang tidak berapa kelihatan dalam gambar.

Apa yang pasti, walaupun serba ringkas, kedua-duanya nampak begitu anggun dan kacak, walapun sekali pandang nampak bukan macam mereka yang berkahwin, tetapi macam nak pergi majlis kahwin orang lain disebabkan simple sangat.

"Ye, saya memang buat simple je. Orang pegang bunga, saya pegang beg. Orang tempah makeup artis untuk majlis, tapi saya make up sendiri je. Takpe, saya tak kisah pun. Cukuplah sekadar sederhana sahaja. Janji saya dan suami cukup bahagia dengan apa yang ada. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak yang mendoakan kebahagiaan kami," antara petikan ayat-ayat yang ditulis Syazwanie di laman facebooknya.

 

Artikel berkaitan