Musim Sejuk Perak & Kelantan: "Kami Dah Rasa Dari tahun 70an Lagi!
Sejuk
Foto Kredit: HuluPerak News

Viral di laman sosial dan berita yang mengatakan sebahagian kawasan di negeri Perak dan Kelantan bakal mengalami cuaca sejuk seperti musim bunga di Kota London bermula Februari ini.

Walaupun Jabatan Meterologi Malaysia menafikan suhu di kedua-dua negeri terbabit tidak akan turun sehingga ke paras 20 darjah selsius, namun buat 'orang lama' di sesetengah kawasan di negeri Perak dan Kelantan, fenomena cuaca sejuk itu bukanlah sesuatu yang baru.

Difahamkan, cuaca sejuk sepanjang Februari ini berlaku disebabkan angin sejuk dari kawasan Kutub Utara terkumpul terlalu lama hingga mengakibatkan laluan luruan angin yang akan tiba ke utara Semenanjung Malaysia, terutaman di beberapa kawasan pedalaman di Perak dan Kelantan. Kedua-dua kawasann ini beraltitud tinggi.

Laman FB HuluPerak News contohnya, memuat naik status menjelaskan tentang cuaca sejuk di Hulu Perak bukanlah sesuatu yang baru. Menurut status tersebut, 'orang-orang' lama yang hidup sekitar tahun 70 dan 80an di Hulu Perak amat memahami cuaca sejuk yang dialami-yang tidak dapat dinikmati generasi sekarang.

"Generasi baru tak sempat merasai semua itu. Bagi generasi terdahulu pula, pasti merindui suasana sejuk seperti awal 70 dan 80an," antara petikan status tersebut.

"Masih ku ingat awal 80an di Grik, Mak nak goreng cucur atau nok buat tepek nyur terpaksa cairkan dulu minyak nyur dalam botol. on the way nak nati (menanti), bas sekolah pulak sambil-sambil berjalan buleh lagi main asap duk terbit kot mulut. Nak mandi pagi, puas duk bediang (tunggu tepi api kasi badan panas) kot tepi dapur kayu," tulisnya lagi.



Rata-rata pelayar yang pernah membesar di Perak dan Kelantan (Hulu), mengakui fenomena tersebut dan menjelaskan betapa mereka merindui zaman itu.

Mohd Redduan Mat Dom berkata, "Kawan anak jati Kroh lahir tahun 60an memang biasa rasa kesejukan di waktu pagi. Minyak Nyor boleh beku. Pukul 11 pagi pun masih berkabus. Kot Kroh pun sejuk, nak mandi pagi tu puas dok bakar daun nyor buat bediang."

Sopiah Husin pula berkata, "Ya betul sangat statement ni. Saya dilahirkan dalam tahun 70an...merasa berjalan ke sekolah...Terketar-ketar gigi keluar asap dari mulut."

Untung orang-orang sebelah Hulu Kelantan dan Perak, Selamat menyambut musim sejuk bulan ini!
 

Artikel berkaitan