Memang Betul Kamu Lelaki Gentleman Kalau Kamu Ada 8 Ciri-Ciri Ini
Gentleman
8 Ciri-Ciri Lelaki Gentleman

Lelaki gentleman lebih daripada sekadar tolong awek angkat beg berat atau ikatkan tali kasutnya. Nak tahu jika kamu seorang yang gentleman? Amati contoh berdasarkan situasi sebenar di bawah:

1. Kamu menghubungi dia dahulu untuk tenangkan keadaan selepas berlaku pertelingkahan. Kamu tak kira siapa betul atau salah. Bagi kamu, apa yang penting dalam perhubungan ialah jangan biarkan rasa marah berlanjutan.

2. Terus kata "okay, boleh" apabila awek ajak jumpa mak-bapak dia. Kamu tak berdolak-dalik dengan alasan 'tunggu bila masa sesuai' atau 'I belum ready lagi." Kamu tahu yang kamu akan behave seperti biasa dan tak 'goyang' untuk berhadapan dengan orang tuanya.

3. Kamu bersedia berada di sampingnya tanpa mengira samada dia perlukan kamu atau tidak ketika itu. Tiada istilah 'lakonan' dalam hidup kamu. Kamu seorang yang berpegang kepada prinsip 'sebelum kahwin pegang tangan, selepas kahwin pun pegang tangan.' Bukannya sebelum kahwin pegang tangan, selepas kahwin bila jalan berdua, isteri tinggal sebatu di belakang."

4. Awek kamu selalu kata yang dia rasa selesa dan selamat setiap kali kamu ada bersama sebab kamu sentiasa mengambil berat tentangnya. Bukannya sebab kamu hensem macam Anuar Zain atau Robert Pattinson.

5. Kamu pandai simpan rahsia yang diceritakannya tentang kawan dia. Kamu tak pernah tefikir untuk beritahu sesiapa. Jangan kata emak kamu, dengan kucing kamu pun kamu tak cakap!

6. Kamu tak pernah bercakap atau membandingkan awek kamu sekarang atau orang lain dengan bekas kekasih kamu. Bagi kamu "barang yang lepas usah dikenang."

7. Kamu boleh get along bila berjumpa dengan kawan-kawan dia walaupun ada di antara mereka kerek rasa macam nak baling kasut ke muka.

8. Lastly, kamu sentiasa ingatkan dia waktu solat dah nak habis setiap kali dia bershopping 2-3 jam tanpa henti. "Solat dulu, pastu kita boleh sembung balik," kata kamu dengan wajah selamba. Yang ni paling gentleman! 

Artikel berkaitan