Lemas: 3 Fakta Bapa Perlu Beritahu Kepada Anak Ketika Mandi di Laut
lemas
Bila diseret, mereka yang pandai berenang sekalipun boleh lemas!

Ajal dan maut di tangan Tuhan. Tidak lambat, tidak cepat. Itu pasti. Namun, dalam Islam kita disuruh untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan bukannya menyerah diri untuk 'sengaja' mati.

Kes orang lemas mandi sungai atau laut memang sudah normal di Malaysia. Paling menghairankan, ada kes di mana mangsa tahu berenang tetepi tetap kehilangan nyawa.

Sebenarnya, ramai tak tahu dalam kebanyakan kes lemas di pantai contohnya, antara punca ialah faktor semula jadi yang digelar 'air pecah' atau efek water current yang 'menarik mangsa secara mendadak masuk ke dalam air hingga mengakibatkan mangsa lemas walaupun tahu berenang.

Nak tahu lebih lanjut, baca 3 fakta di bawah seperti yang dikongsikan Profesor Azizi Ayob dari International Medical University di laman facebook beliau.

1.  Sekiranya ingin mandi di pantai, jangan pergi ke tempat air pecah di tengah-tengahnya. (rujuk gambar-gambar yang ada anak panah)



2. Kawasan pecahan air itu adalah arus air yang mampu menarik sesiapa sahaja yang mandi di alur air itu ke tengah laut.

3. Arus itu akan menarik dan mengalir semula ke tengah laut seperti putaran. Itu antara sebab ada orang yang mati lemas sedangkan mangsa tahu berenang. Tarikan arus itu sangat kuat seperti tarikan vakum.


Jadi, lepas ini hati-hati ketika bawa anak mandi di pantai. Maklumlah awal-awal tahun ini masa yang sesuai bercuti ke kawasan pantai kerana musim tengkujuh sudah berlalu.

Jangan percutian indah yang dirancang bertukar jadi mimpi ngeri. Nauzubillah!

Artikel berkaitan