Haritu Badan Ramping Macam Kertas A4, Kini Trend Kaki Cantik Iphone 6 Pula!
Kaki
Nak kaki cantik punya fasal, Iphone 6 yang jadi mangsa!

Entah apa yang merasuk sebahagian rakyat China sekarang. Nampaknya semakin hari mereka berlumba-lumba mahu mencipta trend terbaru yang tidak masuk akal demi mengejar
populariti.

Beberapa minggu sebelum ini, heboh diperkatakan tentang penentuan pinggang anda ramping atau tidak dengan menggunakan kertas A4.

Hari ini, muncul satu lagi kegilaan di kalangan masyarakat China, khususnya wanita yang membuat cabaran kaki paling cantik dengan menggunakan Iphone 6. Ya, Iphone 6 sahaja! 5 atau 6 Plus tak boleh, apatah lagi telefon pintar Android.



Caranya? Rapatkan kedua-dua belah lutut anda. Kemudian, letak Iphone 6 di atas tempurung lutut, seimbangkan jangan bagi jatuh. Sekiranya kedua-dua tempurung anda dilitupi Iphone 6 sepenuhnya, itu bermakna anda memiliki sepasang kaki yang cantik!

Mudah bukan?

Anda yang membaca artikel ini mungkin terasa kelakar. Hakikatnya, cabaran 'Iphone6legs' ini telah menjadi topik trending di Weibo dengan jumlah tontonan sebanyak 67 juta dan lebih 50,000 komen.

"Harapnya selepas ini ada cabaran baru yang boleh mengukur tahap kebodohan seseorang," sindir seorang netizen berkenaan cabaran kaki cantik terbaru ini.

Sumber: Shanghaiist.com
 

Artikel berkaitan