Hantaran Sederhana & Isteri Miliki Nilai Agama: Lelaki Ini Kongsi Kisahnya
hantaran
Bukan wang ringgit jadi ukuran. Apa yang penting adalah keperibadian seseorang itu.

Buka saja smartphone atau pc, sana-sini orang berkata tentang isu pergaduhan melibatkan wang hantaran yang tidak mencukupi melibatkan pihak pengantin perempuan dan pengantin lelaki.

Hendak komen lebih-lebih pun tak guna. Apa yang Abang Ohsem boleh katakan, kita yang membaca kena ambil iktibar dan jangan biarkan nafsu menguasai diri sehingga bertindak di luar jangkaan.

Bercakap tentang iktibar, perkongsian daripada seorang pelayar Facebook yang dipanggil Abg Cha wajib kita baca dan hadamkan sebagai manfaat bersama. Merujuk kepada insiden pergaduhan melibatkan pasangan pengantin tempoh hari, Abg Cha berkongsi bagaimana dia melangsungkan perkahwinan dengan isteri, Rabiatul Adawiah Mohd Sharif hanya dengan kos mas kahwin RM800 dan duit hantaran RM5,000 sahaja.

Apa yang ditekankan melalui perkongsian Abg Cha bukanlah tentang kos itu sangat, tetapi bagaimana dia memilih isteri yang memiliki kelebihan agama dan pandai mengurus keluarga dengan melibatkan kos perkahwinan yang sederhana. Berikut adalah petikan perkongsian oleh Abg Cha di Facebooknya:

"Aku terima nikah Rabiatl Adawiah Binti Mohd Sharif dengan mas kahwin RM800 tunai."

Duit belanja walimah urus RM5,000 sahaja.

Alhamdulilah isteri saya:

* Hafal Al-Quran

* Tamat pengajian Alimah

* Pandai masak

* Rajin mengemas

* Taat suami

* Tidak melawan, hanya memberi pandangan

* Sudah lahirkan 4 cahaya mata

* Sama-sama usahakan madrasah tahfiz/anak yatim

* Mempunyai beberapa cawangan Al-Quran

* Ada rumah sendiri. Ada kenderaan sendiri

* Mempunyai ratusan pelajar dan sudah ada yang pakar Al-Quran

* Tahun ini saya umur 33 dan isteri umur 28 tahun.



Paling menyentuh, kaha-kata akhir dari Abg Cha pada statusnya "Cari pasangan (baik lelaki atau perempuan) yang punyai agama. Dunia akan susuli." Satu sharing yang baik untuk dijadikan panduan, khusus buat mereka yang ingin mendirikan rumahtangga.

Admin doakan Abg Cha dan isteri kekal bahagia hingga ke akhir hayat!

Sumber: Facebook Abg Cha

 

Artikel berkaitan