Brader Ini Share Cara Elak Makanan Atas Meja Dihurung Semut: Guna Stokin!
Semut
Teknik mudah elak semut 'berkampung' dekat makanan atas meja makan

Lauk atas meja ada lebih lagi. Anak baru balik nak makan terus tak jadi sebab buka tudung saji tengok semua makanan dihurung semut.

Ada juga yang guna teknik 'purba' yang agak menyusahkan-Ambil mangkuk spare, isi air dan letakkan mangkuk berisi makanan di atasnya macam kapal atas air. Jadi, semut tak dapat tuju ke makanan. Memang berkesan tapi berapa puluh pinggan nak cuci setiap kali nak makan buat teknik 'puba' begitu?

Saudara Faizal, melalui akaun Facebooknya www.facebook.com/faizal.ismail2 menerangkan cara paling mudah untuk anda semua elakkan semut menghurung makanan atas meja iatu dengan menggunakan stokin lama yang dikerat mengikut jumlah kaki meja makan yang ada di rumah anda.

Cara-caranya seperti berikut:

1. Cari stokin yang sudah tak dipakai. Potong empat helai stokin sekiranya meja makan anda ada empat kaki. Setiap potongan dipotong dengan lebar lebih kurang dua inci.



2. Sarungkan kaki pada meja, kemudian semburkan pewangi. Bergantung kepada jenama yang anda suka. boleh juga gunakan Ridsect atau Baygon.

3. Semburkan pada setiap keliling stokin itu untuk kesan yang lebih efektif.



Sekarang korang boleh cuba. Tengok, ada lagi tak semut, liaps atau yang seangkatan dengannya panjat lagi meja makan dekat rumah itu. Tentu tidak lagi melainkan meja makan anda diletakkan bersambung dengan dinding rumah atau 'flyover' seperti tiang atau kayu yang disambungkan kepada meja makan.

Cubalah dan tengok sendiri hasilnya nanti!
 

Foto: Faizal Ismail

Artikel berkaitan