5 Tip kekal 'Dingin' Dalam Menghadapi Cuaca Panas di Malaysia Ketika Ini
Panas
Elak daripada menjadi mangsa strok haba dengan mengamalkan tip-tip ini

Ramalan Jabatan Metereologi Malaysia, bahawa fenomena Ekuinoks telah menyebabkan cuaca panas terik melanda Malaysia sejak beberapa hari lalu ternyata benar.

Memang panas cuaca di Malaysia sekarang ini. Sehinggapun duduk dalam rumah yang tidak mempunyai penghawa dingin akan membuatkan penghuni di dalamnya berpeluh.

Ikuti panduan bagaimana menghadapi situasi panas terik ini, sebagaimana yang dikongsikan Astro Awani.

1. Perkara paling utama ialah memastikan air mencukupi dalam badan. Oleh itu, minum banyak air putih bagi mengurangkan risiko dehidrasi.

2. Elak air minuman yang ada kafein dan bergula kerana ini akan mempercepatkan proses dehidrasi.

3. Untuk wanita, kurangkan memakai alat solek kerana sesetengah bahan kosmetik mampu menyekat aliran peluh hingga mengakibatkan bahagian muka terasa panas.

4. Jangan mandi dengan air yang sejuk. Seeloknya mandi dengan air suam. Air sejuk membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba panas yang telah hilang.

5. Boleh makan dengan kerap, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jika makan dalam kuantiti yang banyak terutama makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat  tinggi, ia akan menyebabkan kadar metabolisme meningkat seterusnya membuatkan badan anda terasa panas.

6. Hadkan aktiviti luar terutamanya yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.  



 

Artikel berkaitan