5 Fakta Ola Bola Buat Anda Bersemangat Untuk Menontonnya Sekarang Juga
bola
Ola Bola mampu satukan kita semua

Bola sepak Malaysia memang pernah digeruni di peringkat antarabangsa. Itu fakta, dan filem ini adalah refleksi zaman keunggulan bola sepak Malaysia yang tiada elemen mengarut, aksi merapu atau special effect menipu Hollywood.

Berikut, beberapa fakta tentang pelakon dan jalan cerita filem Ola Bola dan mengapa korang mesti menontonnya hari ini juga!

1. AKSI BOLA REALISTIK OLEH PELAKON YANG MEMANG MAIN BOLA!
Ini bukan filem special effect Hollywood yang hampir 100% main teknik green screen atau pelakon-pelakon berlari tanpa arah tujuan sambil buat skill tak masuk akal. Okay, ada juga guna 'green screen' tapi tidak melampau!) Fakta: Semua pelakon yang berlakon sebagai pemain tahu main bola. Pengarah, Chiu merupakan penyerang berbahaya ketika mewakili sekolahnya dahulu. Luqman Hafidz (watak pemain khalid Ali), dianugerahkan Pemain Terbaik dalam kejohanan Piala Khairy Jamaluddin pada tahun 2014. Saran Kumar pula (watak keeper Arumugam), pernah bermain di posisi Pertahanan ketika mewakili sekolahnya. Aksi-aksi permainan nampak realistik sebab semua orang tahu main bola. Itu sebabnya ada pelakon yang betul-betul injured masa shooting sebab mereka betul-betul main bola!

1. IMBAU KEHEBATAN SKUAD KEBANGSAAN YANG DIGERUNI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Ola Bola berinspirasikan pengalaman realiti  skuad bola sepak Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Moscow tahun 1980.  Pengarah, Chiu Keng Guan berjaya timbulkan mood tahun 80-an iaitu daripada segi pakaian, suasana kampung dan pekan, serta landskap seperti era tersebut. Gaya rambut pun sebijik macam zaman dulu-dulu. Antara adegan yang best ialah brader-brader kampung panjat pokok sambil menjerit gol dan ramai-ramai duduk depan tv kecik tengok bola sama-sama. Kenangan betul. Sekarang? memang semua duduk depan tv tapi main handphone!

2. PERPADUAN KAUM YANG PERNAH KITA KECAPI DULU
Tonjol realiti perpaduan kaum yang erat. Mereka yang hidup pada zaman itu pasti memahami dan mengakui fakta ini. Melayu, Cina dan India bermatian-matian main bola sama-sama untuk mengharumkan nama Malaysia. Gambaran cabaran dan masalah peribadi setiap karakter dalam filem ini benar-benar relate dengan kehidupan sebenar rakyat Malaysia yang ketika itu survive dengan apa yang ada. Masa itu kita semua bersatu tak kira bangsa atau agama. Memang boleh menitik air mata tengok cerita ini, terutamanya bila mengenangkan kenapa sekarang rakyat Malaysia berpecah-belah.



4. LOKASI PENGGAMBARAN YANG BUATKAN KORANG INGIN KEMBALI KE SEKOLAH
Dari Kuala Lumpur hingga ke Sabah-semuanya dirakamkan seperti keadaan sebenar ketika itu. Bila part shooting di Victoria Institution (bebudak dulu sebut 'VI' je), itu memang sedih dan teringat zaman dulu-dulu. Kemudian, keluar pula babak di Stadium Merdeka-aduhai, teringat zaman sekolah menapak dari rumah ke KL semata-mata nak tengok abang-abang legend main bola!

5. LAGU BERHANTU 'INILAH BARISAN KITA' DENGAN PEMANDANGAN INDAH BUMI MALAYSIA
Abang Ohsem confirm, masa adegan semua pemain naik Nuri yang klasik tu sambil nyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita' korang akan rasa bersemangat dan rasa korang pun boleh capai apa yang korang inginkan dalam hidup untuk berjaya. Memang berhantu betul lagu tu. Ditambah pula dengan scene hutan di Malaysia yang indah dan permai. Perghh!

Tunggu apa lagi? Cepat pergi beli tiket tonton Ola Bola. Abang Ohsem gerenti korang takkan menyesal.

                                                                "KITA MENANG SAMA SAMA, KITA KALAH SAMA SAMA"-Ola Bola

 
 

Artikel berkaitan