Sempoi: Homestay Kontena Ini Tawarkan Pemandangan Sawah Padi yang Indah
Sekinchan
Konsep inapan unik, lain daripada yang lain!

Homestay berkonsepkan rumah kampung sudah biasa kita dengar. Bagaimana pula dengan homestay yang diperbuat dariapda badan kontena yang dikelilingi sawah padi? Pasti menarik bukan?



Inilah konsep yang ditampilkan homestay Padi Box di Sekinchan, Selangor. Sebuah homestay dengan rekabentuk moden berasaskan kontena yang terletak di Lot 11126, Jalan Tali Air 4, 45400, Sekinchan, Selangor (berhadapan stesen minyak Petron). Ia baru sahaja dibuka beberapa minggu lalu.



Padi Box ini menyediakan bilik yang nyaman beserta kafe yang mempunyai ruang terbuka di tingkat atas untuk pengunjung menikmati keindahan sawah padi terbentang luas.

Sekali pandang kecantikan dekorasi dalamannya, memang tak sangka ia terletak dalam kontena kecil dan tepi sawah padi kerana susun atur dan dekorasi kontemporari yang ditampilkan.



Luangkan masa korang untuk cuba menginap di Padi Box yang tampil dengan konsep unik ini. Hubungi Padi Box di talian 019-3205688 untuk tempahan. 

Artikel berkaitan