RumahKebun: Inapan Dalam 'Kebun' Ini Ada Kolam Renang & Dekat Je Dengan KL!
rumah
RumahKebun miliki tarikan tersendiri buat percutian keluarga dan teman-teman

RumahKebun adalah penginapan berkonsepkan penginapan di rumah peribadi yang terletak dalam kawasan tanah seluas dua setengah ekar, tidak jauh dari Kuala Lumpur.

Dikelilingi kehijauan kawasan berbukit di sekitarnya, RumahKebun boleh dianggap sebagai penginapan sesuai untuk seisi keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Ia beralamat di Kampung Sungai Semungkis Batu 14/2 Hulu langat, Selangor.



Rumah penginapan berkonsep desa dan minimal ini menyatukan unsur alam di luar dengan suasana dalam rumah yang menenangkan. Bahagian dapur di sini berkonsep terbuka-senang untuk sesi masak beramai-ramai atau barbeku sambil berbual dengan teman-teman atau ahli keluarga.

RumahKebun mampu menempatkan sehingga 12 orang dalam tiga tempat tidur dengan kelengkapan penuh demi keselesaan penginap.



Paling best-RumahKebun ada kolam renang untuk anda dan keluarga mandi-manda. Di samping itu, anda juga boleh mandi di kawasan air terjun Sungai Semungkis yang melintasi kawasan penginapan ini.  

Kata duduk di kebun. Kenalah ada aktiviti ala berkebun bukan? Jangan risau, bila menginap di sini, anda bersama keluarga boleh lakukan aktiviti menarik seperti memberi kambing dan ayam makan atau merentas ke kawasan air terjun.



Komen-komen netizen juga amat positif tentang tempat ini. Rata-ratanya mengatakan ia merupakan lokasi sangat sesuai untuk inapan bersama keluarga tersayang.

"Menginap di RumahKebun dua kali. Tempat yang cantik dengan kolam dan sungai. Lokasi penginapan agak mudah dijumpai dan lokasinya sesuai untuk tenangkan fikiran."-Romie Rosman

"Percutian menakjubkan bersama adik-beradik. Lokasi yang sesuai untuk keluarga besar meluangkan masa bersama. Kami sukakan segalanya tentang tempat ini, kecuali penginapannya tidak ada penghawa dingin. Secara keseluruhan, memang terbaik."-Liz Natalia Ismail.

"Tempat paling best untuk getaway dengan family and friends...bangun pagi udara nyaman...Dengar bunyi air sungai...Memang syok"-Nurul Akmal

Untuk informasi lanjut atau tempahan, emel di rumahkebun.enquiry@gmail.com

Kredit Foto: Facebook RumahKebun
 

Artikel berkaitan