Legoland Malaysia Resort Dipilih Sebagai Hotel Keluarga Terbaik
Legoland
Hotel sesuai untuk penginapan seisi keluarga!

Daripada kdudukan ke-10 tahun lalu, Legoland Malaysia Resort dipilih menduduki tangga teratas sebagai hotel keluarga terbaik di Malaysia oleh laman sesawang pelancongan terbesar dunia, Tripadvisor.

Melalui undian dalam anugerah 2016 Travellers' Choice oleh tripadvisor, para pengunjung diminta memberikan komen dan ulasan terhadap tempat-tempat pelancongan tertentu yang disenaraikan dalam laman sesawang tersebut.

Malah, Legoland Malaysia Resort turut menduduki tempat keenam bagi kategori Asia dan merupakan satu-satunya hotel dari Malaysia yang tersenarai.

Anugerah ini menjadi simbol kepada pencapaian hebat Legoland Malaysia Resort buat tahun 2016 kerana dua bulan sebelumnya resort ini turut memenangi anugerah Tarikan Pelancongan Terbaik dalam Anugerah Pelancongan Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan.

Senarai penuh '10 Hotel Keluarga Terbaik' pilihan Tripadvisor:

1. Legoland Malaysia Resort

2. Club Med Pantai Cherating, Kuantan

3. Hotel Jen Puteri Harbour, Johor Bahru

4. Hard Rock Hotel, Batu Ferringhi

5. Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya

6. Ascott, Kuala Lumpur

7. Golden Sands Resort by Shangri-La, Batu Ferringhi

8. Best Western Premier, Ipoh

9. Grand Lexis, Port Dickson

10. Rawa Island Resort, Mersing
 

Artikel berkaitan