Hanya RM150 Semalam, Kamu Boleh Baca Buku & Tidur di Hotel Perpustakaan Ini
Buku
Hotel untuk ulat buku paling menarik!

Hanya orang yang suka baca buku faham bagaimana seronoknya lepak di perpustakaan. Duduk atas karpet atau bersandar di sofa sambil membaca buku.

Itu perpustakaan. bagaimana kalu ada hotel yang berkonsepkan perpustakaan? Mesti seronok!

Memang ada hotel sebegitu. Book and Bed Tokyo, merupakan ruang penginapan baru berkonsepkan perpustakaan yang membolehkan anda baca apa sahaja buku kesukaan anda sampai tertidur atas katil!

Terselit di antara restoran teppanyaki dan masakan Cina di sebelah utara Ikebukuro, Book and Bed asalnya adalah sebuah kelab malam. Ia telah diubah menjadi 'hotel perpustakaan' oleh syarikat arkitek Suppose Design Office yang berpengkalan di Hiroshima.

"Tidak ada selimut tebal atau katil lebar. Apa yang istimewa di sini ialah anda boleh baca buku sambil tertidur," antara ungkapan pada laman web Book and Bed Tokyo.



Penginapan di sini cukup simple. Katil bertingkat disediakan di celah-celah rak-rak yang menawarkan 1,700 buku berbahasa Inggeris dan Jepun. Terdapat 30 buah katil untuk 30 tetamu menginap pada satu-satu masa. Ketika mula-mula dibuka pada November tahun lalu, kesemua katil sudah penuh ditempah di mana 30 peratus tempahan datang dari pelancong luar.

Ulat-ulat buku mesti suka menginap di hotel ini. Jika anda ke Jepun bersama keluarga pada musim cuti akan datang, bolehlah singgah dan menginap di Book and Bed Tokyo.

Harga penginapan semalam antara RM120-150, mengikut kepada kekosongan dan musim cuti di mana harga mungkin berbeza. Memang sangat berbaloi!

Alamat: 1-17-7, Lumiere building 7th floor, Nishi Ikebukuro, Toshima-ku,Tokyo.

Artikel berkaitan