Gadis Ini Kongsi 10 Pengalaman Travel Dengan Minah Saleh: No.10 tu Menusuk!
travel
Nilai Positif yang gadis Ini dapat Bila Travel dengan Mereka Yang Berlainan Agama

Berapa ramai di antara kita yang ada keberanian untuk pergi travel dengan orang yang kita tidak begitu kenali dan orang itu berbangsa asing pula?

Pasti tidak ramai. Namun, bagi Nurathiqah Fadzil, 26 yang bekerja sebagai Koordinator Program, dia bukan sahaja travel ke serata Burma dengan orang yang bukan sahabat baiknya, malah orang itu juga adalah rakyat asing yang berbeza agama dan budaya.

Paling menarik, banyak nilai positif yang Nuratiqah dapat bila backpack bersama dengan Caitlin, warga Amerika yang bukanlah sabahat baik atau rakan sewaktu belajar pun, tetapi pengembara asing yang dia jumpa ketika menjelajah ke dalam kawasan hutan di Pahang dua tahun lalu. Jom baca 10 perkara positif yang Nuratiqah belajar sepanjang pengembaraanya bersama warga asing yang boleh menajdi panduan kepada para pengembara lain di luar sana.

1. ECO-FRIENDLY
Caitlin sangat eco-friendly saya saya nampak sejak duduk di ladang kambing (pahang), dulu. pergi mana-mana, mesti takkan ambil plastik. "No plastic please," itu trademark dia. Kalau di Burma, memang tak nampak significant pun amalan tu sebab dekat sini sampah merata-rata. Kunyah sireh dan meludah memang biasa di sini. Tapi sebagai orang islam kita kena percaya yang amalan sekecil zarah pun akan dihitung kelak jadi saya aplikasikan amalan 'no plastic' ini sedikit demi sedikit dan harap boleh teruskan sampai bila-bila.

2. MAKAN MAKANAN SIHAT
Masa travel luar negara, selalu kita hentam makanan segera untuk jimat  sebab di kedai mahal kan? Saya dan Caitlin akan makan di local restoran dan kami akan pesan vegan food iaitu nasi goreng, bersama sayur-sayuran atau nasi kukus bersama capuran sayur. Murah dan InsyaAllah halal. Snack kami bukan chips atau biskut tetapi buah-buahan. First time saya makan makanan sihat bila travel begini. Air pun minum at least 2 botol (1.5 liter) setiap hari.



3. HORMAT PANDANGAN ORANG LAIN
Kami saling bertukar cerita tentang pelbagai topik melipouti negara, politik, budaya, makanan, agama, pendidikan dan maca-macam lagi. Rasa amcam travel di Burma dan Amerika
pula. Banyak benda saya belajar tentang Amerika. bab agama paling kerap ditanya. kenapa itu? kenapa ini? Tetapi kami sangat hormat pandangan masing-masing.

4. KEKAL AKTIF
Caitlin ini budak sukan. Biasa travel solo bermalas-malasan saja tetapi dengan Caitlin hari-hari kena berjalan at elast satu jam, berbasikal, treking dan berenang. Ada sekali nak daki dan turun bukit curam untuk ke air terjun di Pyin Oo Lwin yang memakan masa sejam, dah nak nangis tapi Caitlin selamba cakap "Come on Thiqa, oh you can do it it's all mental you know it."

5. UPDATE DENGAN FAMILI
Walaupun lama mengembara, Caitlin tak pernah miss untuk call dan update family dia. Kadang-kadang aku sendiri jarang buat macam tu. Walhal mak dan ayah tak putus-putus
doakan keselamatan kita kat luar negara ni. Ambil masa untuk hubungi famili. Yang travel dekat-dekat pun apa salahnya buat macam ni. Jangan sampai dilanda musibah baru sibuk nak contact famili.



6. BERCAMPUR DENGAN PENDUDUK TEMPATAN
Kami ada perangai yang sama iaitu suka bercampur dengan penduduk tempatan. Caitlin asyik mengaku dia 'half Asian' haha. Kalau kami di tempat yang tiada pelancong dan lokal pandang kami pelik, itu bermakna kami berada di tempat yang betul!

7. KONGSI POUCH
Buat yang travel berdua atau lebih, cuba amalkan benda ini bawa satu pouch yang boleh isi duit. hari pertama, setiap orang isi duit yang sama dan gunakan duit itu untuk bayar segala perbelanjaan yang korang kongsikan seperti penginapan, makanan. Buat secara bergilir siapa yang kena pegang pouch tu. Senang, tak payah "aku pinjam duit kau dulu" atau "kau bayarkan nanti aku bayar balik" lepastu sampai kiamat tak bayar!

8. BUAT KEPUTUSAN
Nak makan mana? nak pergi mana? Ikut giliran dan bertolak ansur. jangan kau je buat keputusan dan jangan bagi dia pening nak kena buat semua keputusan. Kerjasama!

9. TANGANI SITUASI KURANG MENYENANGKAN DENGAN PROFESIONAL
Ketika ada masalah semasa travel, cuba cool down. Kami pernah naik bas selama tujuh jam perjalanan dengan tiada aircond, tengah panas dan bas berhenti setiap 5km untuk ambil atau turunkan penumpang. Bila sampai ke destinasi di Mandalay, nak naik teksi pemandu teksi bergaduh pula dengan pemandu lain. Check in hostel, bilik panas gila sebab pasang kipas dapat angin panas je. Turun cari kedai makanan halal jenuh tak jumpa. masa tu masing-masing dah naik angin. jadi, apa kami buat? malam tu, kami stop talking to each other sekejab. Esok pagi bangun move on dan okay macam biasa balik!

10. JADILAH DIRI SENDIRI
Solat jangan lupa, makan minum haram jangan sentuh walaupu kita travel dengan orang berlainan agama. Memang agak sukar nak jaga bila travel partner berlainan agama dan budaya tapi InsyaAllah boleh. It's a good experience. berkasih biar satu berkawan biar seribu. Kawan dengan traveller dari negara lain dan saling bertukar pandangan. Tak perlu tunggu English power baru nak berkawan. English saya tak power langsung. Caitlin sabar je nak faham apa yang saya cuba cakap. InsyaAllah kita akan lebih bersyukur dilahirkan sebagai Muslim dan Malaysia.

Kredit: Nurathikah Fadzil (blog Gadisbackpacker)
 

Artikel berkaitan