10 Homestay Buatkan Anak-Anak Anda Kembali Bersosial & Lupakan Smartphone!!
homestay
Kredit foto: hnizam.blogspot.com

Penat tengok anak-anak tersadai di ata sofa bermain handphone atau tablet? Kadang-kala diorang bukannya mahu sangat layan gajet itu. Tetapi, disebabkan bosan tiada benda nak buat, maka main handphonelah jawapannya.

Kita sebagai ibu-bapa kena bantu anak-anak generasi baru ini. Bawa mereka terokai dunia atau lakukan aktiviti luaran yang menyeronokkan. Contohnya menginap di homestay-homestay yang ada dalam negara kita. Kami senaraikan 10 pilihan terbaik dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk anda lakukan bersama anak-anak.

Kredit foto: www.uzairothman.com, www.kisahtatie.com, hnizam.blogspot.com & www.rabeccasaw.com

1. Homestay Kampung Lonek

Alamat: No. 10, Kampung Lonek, Batu Kikir, Bahau, Negeri Sembilan
Aktiviti: Koca ikan, mengemping padi dan semestinya merasai betapa sedapnya gulai masak lemak cili api. Fuh!

2. Homestay Banghuris

Alamat: Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek, Sepang, Selangor
Aktiviti: tangkap ketam beramai-ramai, peluang main alatan muzik tradisional seperti gendang, enteng-enteng dan kempoi. Sambil itu, nikmati keenakan buah-buahan segar dari ladang. Korang juga boleh sertai aktiviti kerja-kerja kenduri kahwin mengikut istiadat Melayu yang begitu jarang diamalkan sekarang.

3. Homestay Mengkuang Titi

Alamat: 679, Mukim 19, Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Aktiviti: Tengok bagaimana penduduk tempatan menenun tikar mengkuang, cara-cara membuat 'Muffin Malaysia', bedak sejuk dan kacang soya. Bila petang, korang boleh cuba permainan sepak takraw, congkak dan gasing.

4. Homestay Kampung Jeruju

Alamat: Pertubuhan Peladang Semangat Baru MADA, F II Jerlun, Ayer Hitam, Kedah
Aktiviti: Memancing, belajar menternak udang, piknik tepi pantai, berbasikal keliling kampung dan paling rare-main bola sepak pakai kain pelekat. Terbaik beb!

5. Homestay Kampung Pulau Suri

Alamat: Persatuan Nelayan Tumpat, Kompleks Perikanan LKIM Genting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan
Aktiviti: Cuba teknik memancing ikan di laut ala-alan nelayan sebenar, pekena kerabu nipah dan belajar buat kuih sepit serta kerepek.

6. Homestay Kampung Sungai Pasu

Alamat: Kampung Sungai Pasu, Raub, Pahang
Aktiviti: Lihat cara-cara menternek kambing, ayam dan itik. Belajar buat dodol, wajik dan menikmati sajian tradisi masyakarat Jawa iaitu sambal goreng tempe dan pulut.

7. Homestay Parit Bugis

Alamat: No. 171, Parit No. 4, Jalan Yusof, Semerah, Batu Pahat, Johor
Aktiviti: Belajar buat hasil kraftangan menggunakan tempurung kelapa. Berkesempatan untuk melihat tarian Barongan dan Kuda Kepang yang memukau. Memang layan beb!

8. Homestay Kampung Beng

Alamat: Pejabat Penghulu Mukim Durian Pipit, Kampung Nuak, Lenggong, Perak
Aktiviti: Melihat ternakan rusa yang rare dan paling best, berpeluang bermain dengan rusa-rusa ini. Layan cruise dekat tasik dan aktviti memancing bersama keluarga angkat.

9. Homestay Kampung Paya Guring

Alamat: Kampung Paya Guring, Pauh, Arau, Perlis
Aktiviti: Buat ikan pekasam, teknik-teknik mengurut tradisional serta menoreh pokok getah serta menggelek getahnya. Mana nak dapat lagi benda-benda macam ni sekarang?

10. Homestay Kampung Benuk

Alamat: 166, Lorong 1B, Taman Samax, Batu 6, Jalan Penrissen, Kuching, Sarawak
Aktiviti: Lihat demonstrasi masakan Ayam Pansuh, merentas sungai guna titi buluh dan melihat pelbagai aktiviti di ladang.

 

Artikel berkaitan