Video: Kuatkan Isyarat Wifi Tanpa Beli Router Baru: Guna Tin Minuman Je
Wifi
Cara nak buat wifi jadi laju di rumah

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, kalau boleh semua orang enggan berbelanja untuk barang-barang yang tidak perlu atau kurang penting.

Bercakap tentang wifi, ia bukan lagi dianggap kurang penting dalam kehidupan kita sekarang. Malah, ia dianggap keperluan wajib kerana sesetengah orang memang bekerja seharian menggunakan internet.

isyarat wifi yang perlahan memang masalah utama pengguna internet di negara ini. Kebanyakan iklan yang nampak hebat tak sama dengan kualiti sebenar yang dijanjikan. Kalau pakai wifi dekat rumah, memang tension dibuatnya bila internet slow. Takkan bila slow asyik nak kena tukar setting atau lagi teruk, beli router baru!

Jom cuba teknik yang diperkenalkan oleh The Kim Komando Show ini. Mereka tunjuk cara nak meningkatkan isyarat wifi melalui router di rumah dengan guna bekas minuman saja!

PS: Korang janganlah guna tin beer pula. Pakai tin minuman Yeos ke :)

Artikel berkaitan