Trik WhatsApp Ini Berguna Untuk Elak Kawan SENTAP Sebab Korang Tak Reply
Whatapps
Trik WhatsApp Untuk Elak Kawan Sentap Dengan Korang!

Seperti yang korang tahu, WhatsApp yang ada dalam telefon korang sekarang memaparkan tanda semak mesej dalam 3 kategori iaitu:

1 tanda semak: Mesej telah dihantar
2 tanda semak KELABU: Mesej berjaya sampai kepada penerima
2 tanda semak BIRU: Penerima sudah membaca mesej anda

Marilah kita berterus-terang. Bukan semua pengguna WhatsApp suka dengan 2 tanda semak biru itu kerana ia dianggap mengganggu privasi, terutamanya daripada orang yang kita tak berapa kenal atau tak kenal langsung. Dalam masa yang sama, kita juga nak elak kawan-kawan rasa sentap jika kita tak boleh reply dengan pantas selepas mesej dibaca.

Disebabkan itu, Abang Ohsem nak ajar satu fungsi mudah terdapat dalam WhatsApp yang boleh korang aktifkan supaya selepas ini orang yang hantar mesej tidak tahu samada anda dah baca mesej atau belum. Jadi, kuranglah risiko diorang nak rasa marah sebab tak tahu mesej itu kamu dah baca atau belum.

Caranya mudah sahaja. Buka Aplikasi WhatsApp, pergi ke SETTING. Pilih ACCOUNT > PRIVACY dan nyah aktifkan butang READ RECEIPTS di bahagian bawah sekali. Selepas melakukannya, sesiapa sahaja yang menghantar mesej kepada kamu tidak akan mendapat 2 TANDA SEMAKAN BIRU walaupun mesej sudah dibuka dan dibaca.

Tujuan fungsi ini bukanlah untuk 'mengelat' tak mahu jawab mesej. Tetapi lebih kepada diplomasi sebabnya kena faham setiap daripada kita mempunyai cara berbeza ketika berkomunikasi melalui 'maya.' Sesetengah orang perlu berfikir betul-betul sebelum menulis reply kerana takut penerima tersalah tafsir. Dalam situasi tertentu pula ada yang tengah bawa kereta dan sedang dalam mesyuarat-walaupun mereka sempat membuka whatapps dan melihat mesej yang korang hantar, membuat 'instant reply' bukannya mudah bagi semua orang. Kalau jawab 'k' saja sebab nak cepat korang sentap pulak. Kalau dia tahu kamu dah dapat mesej tapi lambat jawab lagi bertambah sentap.

Jadi, inilah cara terbaik untuk mengurangkan 'risiko sentap' iaitu dengan tidak memberitahu penerima kamu dah baca mesej itu atau belum. Oklah tu...

Artikel berkaitan