Ohsem! Alat Ini Bantu Korang Snorkeling 45 Minit Tanpa Tangki Oksigen
Insang
Senang nak buat aktiviti snorkeling selepas ni!

Sekali sekala pergi snorkeling di laut memang seronok. Yang tak seronok bila kena pakai topeng muka snorkeling yang berkulat. Maklumlah, topeng berkongsi ramai-ramai. Takkan
penyedia aktiviti snorkeling asyik nak beli topeng snorkeling baru setiap kali nak pakai.

Kalau nak snorkeling selepas ini, anda tidak perlu risau lagi nak pakai topeng snorkeling seeprti itu. Sebabnya, sebuah syarikat yang bernama Indiegogo sedang mencipta sejenis 'insang' yang membolehkan pemakainya bernafas dalam air semalam 45 minit. Ya, bernafas dalam air dengan jangkamasa yang lama tanpa pakai tabung oksigen pada kedalaman
empat meter.



Alat yang dinamakan Triton itu bersaiz kecil dan sesuai digunakan untuk aktiviti air seperti snorkeling atau berenang. Triton dilengkapi dengan rongga fiber microporous yang berfungsi seperti insang pada ikan. Fiber di dalam Triton dimuatkan benang-benang dengan saiz lubang yang lebih kecil daripada molekul air. Apabila bernagfasm air tidak akan memasuki bahagian benang dan ruang penapis air, maka kandungan oksigen akan kekal di dalamnya untuk tempoh sehingga 45 minit.



Barulah best ada alat macam ni. Dapat snorkeling lama sikit daripada sekadar berenang ala kadar lepas tu asyik betulkan topeng muka sahaja sebab topeng snorkeling biasa kurang selesa dipakai buat sesetengah orang.

Pihak Indiegogo menjelaskan Triton akan mula dipasarkan pada awal tahun 2017 kelak.

Kredit: Sobadsogood.com

Artikel berkaitan