Lelaki Ini Buktikan Tak Perlu Wajah Kacak Untuk Popular di Instagram
Insta
Tak suka guna hashtag!

Emanuel Smedbol hanya bekerja sebagai pereka grafik sambilan dan jurufoto aksi di Vancouver, Canada.

Tahun 2013 dia baru nak beli smartphone. Memang lambat. Tidak lama dahulu akaun instagramnya tiada pengikut langsung. Kini, dia mempunyai 120,000 pengikut Instagram dengan purata 5,000 likes untuk setiap posting dan memperoleh imbuhan lumayan melalui kempen berbayar oleh pelanggan yang menggunakan khidmatnya seperti Field & Forest dan Travel Alberta.

Bagaimana dia melakukannya sedangkan dia hanya orang biasa dan dan hidupnya bukanlah terperuk depan pc 24 jam sehari? Dia juga bukan selebriti atau abang sado yang miliki wajah kacak. Ikuti perkongsian tip-tip oleh Emanuel dalam sesi temubual bersama blog hootsuite.com baru-baru ini:



1. Mula-mula buka akaun memang slow. Tak mengapa. Apa yang anda harus fikirkan ialah tentang kualiti foto yang anda muat naik. Ia merupakan kombinasi komposisi, cara bercerita yang baik dan visi yang original. Nampak memang perlahan tetapi cengan cara ini, pihak Instagram mula tertarik dan memasukkan akaun saya ke dalam 'Suggested User List.' Sebaik saja saya berada dalam senarai itu, dalam masa dua minggu saja saya memperoleh pengikut seramai 20,000 orang.

2. Anda tak perlu ada bakat semula jadi atau bekerja sebagai jurufoto untuk hasilkan foto yang baik. Samada anda guna kamera baisa atau kamera telefon, anda mesti fahami fungsi-fungsi yang ada dan tahu batas penggunaannya. Fokus untuk hasilkan foto yang pelbagai, kualiti yang baik dan asli. Dalam masa yang samajangan amalkan tip ala pemasaran kerana ini boleh menyebabkan pengikut bosan dengan Instagram anda.

3. Ambil foto daripada pelbagai sudut dan pastikan anda ambil dengan banyak! Betul-betul selektif dengan pilihan anda. Biar akhirnya sedikit sahaja gambar yang dipakai asalkan ianya berkualiti!



4. Cuba ambil gambar pelbagai subjek yang anda suka tapi dalam konteks atau sudut yang berbeza. Terlalu banyak gambar yang sama di Instagram dan orang akan cepat berasa bosan.

5. Saya tidak guna hashtag dalam setiap foto saya kerana bagi saya semua hashtag tersebut akan kelihatan seperti kita terdesak dan mengganggu pemandangan. hashtag ini ada satu sahaja kebaikan iaitu ia boleh menarik perhatian pengikut baru. Selain itu, tiada apa sangat. Bagi saya, jika mahu letakkan hashtag, 'tanam' hashtag tersebut dalam ruangan komen. Ia tidak akan kelihatan terdesak sangat tetapi orang luar masih boleh mengikuti anda dengannya.



6. Berapa posting sehari? 10-20? Tak perlu sebanyak itu. Bagi saya, satu posting sehari sudah cukup. Ketika saya travel, saya akan post lebih sedikit. Apa yang penting, setiap posting berkualiti. Jika anda posting hanya sekadar untuk memenuhi jadual harian, lama kelamaan pengikut akan perasan yang anda terdesak.

7. Bila nak post? Perlu try and error. Siapa sasaran anda dan di mana mereka tinggal. Jika sasaran komuniti anda di luar negara, pantau perbezaan waktu. Ingat, setiap posting anda adalah untuk audien yang anda sasarkan, BUKAN audien yang sudah follow anda. Banyak orang melakukan kesilapan dan hanya berssandarkan likes untuk posting mereka sedangkan mendapatkan pengikut baru yang ramai adalah lebih penting.

8. Share apa yang anda suka, bukannya sebab nak dapat duit cepat. Jika anda suka ambil gambar makanan, fokus hasilkan gambar yang cantik hingga buat pengikut anda seperti mahu ke kedai makan itu sekarang juga. Jangan share sesuatu yang anda tak pasti hanya dengan alasan untuk 'client' lihat dan upah anda. Share apa yang anda
suka, pastikan berkualiti-pasti para pelanggan akan datang mencari anda.


Sumber: blog.hootsuite.com

Artikel berkaitan