Ronaldo Tolak tawaran Syarikat Minuman Bernilai Jutaan Riggit Demi Palestin
Ronaldo
Ronaldo pemain bola paling prihatin!

Majoriti peminat bola sepak mengetahui sikap prihatin pemain antarabangsa Portugal, Ronaldo terhadap krisis pelarian di Syria ataupun pencerobohan Israel di Palestin.

Beliau telah banyak memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit. Namun, apa yang dilakukannya tentang tawaran iklan Pepsi benar-benar mengejutkan. Cristian Rnaldo telah menolak tawaran untuk berlakon dalam iklan Pepsi bernilai jutaan ringgit-kerana memboikot tindakan Israel menduduki Palestin.

Menurut Ronaldo, beliau tahu ke mana sebahagian keuntungan Pepsi diagihkan, iaitu kepada tentera Israel.

"Pendirian saya teguh untuk tidak bekerjasama dengan mereka. Saya tahu produk tersebut menyumbang kepada tentera Israel. Sebab utama saya bertindak sebegini kerana menyokong pembebasan Palestin," jelas Ronaldo.

Penyerang Real Madrid ini menambah, meskipun tidak pernah berada dalam situasi peperangan, beliau sedikit-sebanyak memahami kesengsaraan yang dialami penduduk Palestin.

"Kehidupan saya sewaktu kanak-kanak juga tidak begitu baik. Bila saya melihat keadaan anak-anak Palestin, hati saya tersentuh kerana saya memahami keadaan mereka," Jelasnya.

Ronaldo sebelum ini pernah menolak pelawaan menukar jersi dengan pemain Israel kerana menyokong Palestin.  
 

Artikel berkaitan