Penjaga Gol Thai 'Dibantu' Tangkal Dalam Perlawanan Menentang Arab Saudi?
Thai
Tangkal Penjaga Gol

Pasukan bola sepak Thailand merupakan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang dilihat mampu bersaing dengan gergasi-gergasi Asia seperti Jepun, Arab Saudi dan Korea
Selatan.

Perlawanan malam tadi membuktikan kemampuan mereka. Pasukan bawah 23 tahun Thailand berjaya mengikat Arab Saudi 1-1 dalam kejohanan AFC Bawah-23. Ia merupakan mata pertama buat Thailand yang kebetulan kali pertama layak menyertai kejohanan bola sepak berprestij Asia tersebut.



TANGKAL DIKAITKAN DENGAN PERSEMBAHAN

Namun, orang ramai lebih cenderung bercakap tentang satu elemen menarik mengenai perlawanan antara kedua-dua pasukan itu. Sepanjang perlawanan, kamera beberapa kali memfokuskan kepada satu objek kecil yang tergantung pada jaring pintu gol pasukan Thailand.

Rupa-rupanya objek kecil bewarna keemasan itu adalah tangkal bermotifkan bentuk harimau yang diberi sami Buddha dari kuil Wat Koh Ta Phut Photharam di wilayah Ratchaburi kepada penjaga gol Thailand, Somporn Yos.

Difahamkan, tangkal tersebut diperbuat daripada emas tulen yang dikatakan mampu 'memberi perlindungan dan nasib yang baik.'



Ia dikatakan telah 'membantu' Somporn menyelamatkan banyak percubaan-percubaan merbahaya pemain Arab Saudi, termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada separuh masa pertama. Malah, media-media Thai dikatakan turut berterima kasih kepada tangkal tersebut yang dikatakan membantu persembahan baik pasukan Thailand.