Peminat Arsenal Ini Sindir, Koyak Jersinya & Kemudian Jual di Facebook
Arsenal
Geram betul peminat Arsenal ni!

Nampaknya ramai peminat Arsenal yang masih tidak boleh move on dengan kekalahan pasukan mereka kepada seteru utama, Manchester United dalam saingan Liga Perdana tempoh hari.

Diakui, memang ramai peminat The Gunners tidak boleh menerima kekalahan itu. Paling epik, salah seorang peminat setia kelab itu dari UK melakukan sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh mana-mana peminat bola sepak. Dia mengoyakkan jersi kelab kesayangannya itu pada bahagian dada (lencana) perut, hujung lengan dan bahagian belakang dan cuba menjual jersi itu di laman Facebook! Melalui tulisan dalam 'lelongan' di laman Facebooknya, dia mengeluarkan kata-kata sindiran berbunyi;

"Arsenal new shirt as you can see it has got no heart, no stomach armless and no backbone willing to sell."

Jelas, tulisannya itu bermaksud sindiran pedas kepada pasukan Arsenal yang dikatakan bermain seperti tiada jiwa, semangat dan kerjasama sebagai satu pasukan sewaktu tewas kepada United 2-3 tempoh hari.

Punyalah minat sampai tidak boleh terima kekalahan!

Sumber: metro.co.uk