Kenali Pelabur Malaysia Yang Baru Saja Beli Kelab Bola Sepak Itali!
Pelabur
Minat bola sepak itali sejak dulu

Ramai di antara kita mungkin tidak mengenali Dato' Dr. Noordin Ahmad. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur tempatan.

Selepas ini, beliau akan semakin dikenali kerana Dato' Dr. Noordin Ahmad bakal jadi pemilik kelab bola sepak Serie B Itali iaitu FC Bari.

Laman web rasmi FC Bari mengesahkan 50 peratus daripada saham kelab itu kini dimiliki Dato' Dr. Noordin, yang dikatakan membeli saham tersebut daripada Presiden kelab, Gianluca Paparesta pada nilai 12 Juta Euro. Persetujuan penjualan saham tersebut telah berjaya dicapai pada 8 April lalu.

Ini bermaksud, Dato' Dr. Noordin bakal menjadi pemilik saham majoriti dan seterusnya menjadi pemilik baru FC Bari.

Presiden FC Bari, Gianluca Paparesta

Asalnya, pada Januari lalu seorang pelabur dari China, Herman Zheng berminat untuk membelisa ham FC Bari. Namun tiada persetujuan dicapai berkenaan tawaran bidaan yang sesuai. Pembelian saham dan pemilikan FC Bari oleh Dato' Dr. Noordin menjelaskan 'misteri' mengapa Jalur Gemilang tersergam di bahagian grandstand Stadium FC Bari iaitu Stadio San Nicola sewaktu perlawanan Serie B menentang AC Cesena pada 4 April lalu.

Menurut media Itali, Dato' Dr. Noordin memang meminati bola sepak Itali dan dikatakan berkawan rapat dengan Presiden Lazio, Claudio Lotitio.

KOMEN POSITIF DARI PENYOKONG

Para peminat dan penyokong kelab FC Bari memberikan rekasi positif terhadap perkembangan terbaru kelab tersebut dan berterima kasih di atas jasa-jasa Presiden Kelab, Gianluca Paparesta yang sebelum ini pernah menyelamatkan kelab itu daripada muflis.

Beliau bertanggungjawab mengumpulkan para pelabur sehingga membentuk sebuah konsotium pada tahun 2014 dengan tujuan membeli FC Bari yang ketika itu dilelong bank pada harga serendah 2 Juta Euro.

"Walaupun beliau bukan seorang jutawan, Paparesta menyelamatkan kita dariapda muflis. Beliau menjaga kelab dengan rasa bangga sebelum menyerahkannya kepada pemilik baru yang mempunyai wang."

"Tiada siapa yang tahu bagaimana orang Malaysia ini akan menguruskan kelab. Tetapi, jika Paparesta percayakannya, saya percaya keputusan Paparesta. Terima kasih Paparesta!"

Well done Dato'! Kami di Ohsem.la mendoakan kejayaan Dato' dalam membawa Bari kembali semula ke Serie A!

Sumber: Portal Semuanya Bola

FAKTA 'SEGERA' FC BARI
a) Ditubuhkan pada tahun 1908
b) Pernah beberapa kali bermain dalam Liga Utama Itali iaitu Serie A
c) Pernah melahirkan dua bintang dalam Skuad Kebangsaan Itali iaitu Gianluca Zambrotta dan Antonio Cassano
D) Kini menduduki tempat ketiga dalam Serie B dengan peluang cerah untuk kembali ke Serie A