Beli AC Milan? Ini Respon TMJ Yang Buatkan Fans Negeri Lain Pun Respek!
bola
TMJ jawab spekulasi pembelian kelab bola sepak Itali

DYAM brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) begitu dihormati di kalangan pemain, pengurusan dan penyokong setia pasukan JDT kerana sikap beliau yang mengambil berat dan tahu apa yang perlu dilakukan demi memajukan pasukan.

TM begitu dihormati sehinggakan tulisan-tulisan beliau di laman sosial Facebook bukan sahaja mendapat komen positif daripada pnyokong JDT, malah penyokong pasukan negeri lain yang memuji sikap merendah diri yang ditonjolkan.

Semalam, TMJ mengulas secara ringkas mengenai spekulasi pembelian kelab bola sepak Itali, AC Milan di laman Facebook Johor Southern Tigers. Apa yang dikagumi peminat ialah sikap merendah diri TMJ yang yang kelihatan berterus-terang mengatakan yang beliau tidak membeli kelab tersebut. Berikut adalah petikan tulisannya pada laman Johor Southern Tigers:

SAYA TIDAK MEMPUNYAI DUIT UNTUK MEMBELI AC MILAN

Baru-baru ini saya telah ditermuramah oleh media dari Singapura, The Straits Times mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum.
Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara. Sememangnya, saya ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah kelab impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja.

Jadi, untuk menjawab sebarang spekulasi, jawapannya adalah tidak. Saya tidak akan membeli AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar. Itu sahaja. Kelab JDT saya pun tidak dapat mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia lain apatah lagi membeli AC Milan dan terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya. Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar.


Patulah rakyat Johor makin sayang dan ada peminat negeri lain pun sokong TMJ. Telus dalam berkata-kata dan tidak perlu berselindung. Seorang pelayar FB Muhd Nizam memberikan komen:



Sementara itu, peminat dari Melaka, Peter berkata:



Sumber: Facebook Johor Southern Tigers