Tercekik & Sesak Nafas Ketika Keseorangan? Ikut Tip Lelaki Ini Untuk Pulih
cekik
Video: Teknik betul pulihkan masalah tercekik atau sesak nafas ketika berseorangan

Ramai di antara kita tahu apa nak buat bila ternampak orang lain tercekik atau sesak nafas. Peluk badan mangsa daripada belakang, tarik dengan tangan agar apa yang tersekat pada kerongkong terkeluar.

Itu kalau orang lain. bagaimana pula jika anda sendiri yang tercekik atau sukar bernafas dan tiada orang lain di sekeliling anda ketika itu?

Ahli medik jabatan bomba, Jeff Rehman yang berpengalaman lebih 22 tahun membantu pesakit menunjukkan cara paling efektif mengatasi masalah tersebut. (Tip: Tidak sesuai untuk ibu mengandung)

Cara-caranya:

1. Cuba untuk tidak panik apabila tercekik atau sesak nafas.

2. Bila tercekik atau sukar bernafas, melutut di atas lantai atau apa saja permukaan dengan posisi seperti mahu meniarap sambil kedua-dua tangan digenggam pada lantai.  

3. Kemudian, dengan serta-merta lepaskan tangan dan 'hempaskan' dada anda pada lantai. Hempasan tersebut akan menyebabkan kandungan udara yang banyak keluar daripada paru-paru, dalam masa yang sama membuka ruang-ruang pada saluran pernafasan anda. (Rujuk video bagaimana Jeff melakukannya)


Ingati langkah-langkah ini dan sebarkan kepada teman-teman. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. Jangan lupa, berdoa kepada Allah S.W.T kerana ajal dan maut ditangannya.

Yang penting, kita terus berusaha!


Kredit: Jeff Rehman

Artikel berkaitan