Tentu Sedih. Ini Syarikat Saya & Isteri Usahakan Selama Ini"-CEO Rayani Air
rayani
Ravi janji kebangkitan semula Rayani Air

Bukan mudah untuk membangunkan syarikat penerbangan. Selama sembilan tahun ia diusahakan, namun cabaran demi cabaran membuatkan Rayani Air terpaksa 'berehat' seketika sambil menyusun strategi baru bagi mengembalikan keyakinan pelanggan.

"Sedih...Tentulah saya rasa sedih. Ini syarikat yang saya dan isteri saya usahakan selama ini," ujar Pengasas Rayani Air, Ravi Alagendran mengulas tentang situasi terbaru melibatkan syarikat penerbangan patuh syariah itu.

Ravi menambah, usahanya selama ini tidak akan terhenti begitu sahaja. Sebaliknya dia akan terus berusaha untuk membangunkan semula syarikat tersebut.

"Masalah Rayani Air berpunca daripada kegagalan dua pesawat untuk berfungsi pada musim cuti sekolah lalu. Penerbangan yang dijadualkan terpaksa ditunda," tambahnya. Disebabkan situasi tersebut, Ravi menjelaskan para penumpang dan pelanggan mula hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan syarikatnya.

Malah, insiden demi insiden yang berlaku selepas itu termasuk spekulasi yang timbul dan disebarkan netizen melalui laman sosial menjadikan reputasi Rayani Air semakin terjejas. Kemuncaknya, apabila juruterbang syarikat berkenaan mula mogok dan tidak mahu terbangkan pesawat hingga memberi kesan ke atas keyakinan pihak pelabur terhadap Rayani Air.

"Bagaimanapun, kami sedar apa yang berlaku dan kami sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki kelemahan kami."

Ravi turut menjelaskan yang Rayani Air kini giat melaksanakan langkah pemulihan segera bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkaitan