"Taman Syurga Menunggumu Anakku"-Luahan Bapa Kanak-Kanak Yang Dipatuk Ular
Bapa rayu netizen jangan buat spekulasi berkaitan kematian anaknya

Salam takziah buat Ruslan Ghazali dan keluarga di atas pemergian anak perempuan mereka, Nur Nadirah Ruslan yang dipatuk ular di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, semalam.

Sebentar tadi, bapa arwah, Ruslan Ghazali memberikan penjelasan di laman facebooknya mengenai kejadian arwah yang tersedu dua kali dan memang disahkan meninggal dunia. Ruslan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak benar mengenai kejadian menimpa anaknya termasuklah gambar ular tersebut sudah ditangkap yang jelas tidak benar.

Kalau korang biasa tengok cerita Crime Scene Investigation (CSI) dan National Geographic, memang ada keadaan di mana mayat yang sudah meninggal dunia secara tiba-tiba memberi respon melalui pergerakan tubuh atau anggota badan selama beberapa saat. Setiap kejadian ada penjelasannya dan Allah yang maha mengetahui.

Ikuti antara penjelasan Ruslan Gazali:

Alhamdulillah...
Kak Long dah dikebumikan pada pukul 10pg tadi..Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yg byk membantu dan memberi semangat..Pasal cerita Kak Long hidup semula tu adalah salah faham shj...Kak Long dah disahkan tiada di hosital besar kota bharu ptg kemarin lg dan tiba di rumah sy pukul 6.30ptg kemarin..lepas magrib jenazah dimandikan..Siap jenazah dimandikan,diangkat dan diletakkan diatas kain utk dikafankan..Masa nk letakkan jenazah kat atas kain kafan tu,dia tersedu 2kali..Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang utk panggil doktor datang check kat rumah utk kepastian,walaupun kata hati dah rasa yg kak long dah tiada..Sebelum Dr sampai,adalah 5..6..org yg cuba tengok keadaan jenazah,
dlm 5..6..org tu adalah 1..2..org yg ckp jenazah masih ada cuma slok(koma).

Xlama 1group Dr sampai dan membuat pemeriksaan,mengesahkan jenazah dah tiada,xlama kemudia sampai lg 1group Dr sukarela..dan berterusan group Dr sampai dalam 3group..semua Dr mengesahkan jenazah dah tiada dan saya sbg bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lg..kedaan tersebutlah yg menimbulkan salah faham dan buah mulut yg direka-reka..maklumlah org yg hadir terlalu ramai beratus-ratus..memandangkan keadaan dah lewat mlm,kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok(Rabu)..setakat hari ni,yg sy tahu ular yg patut kak long masih belum dijumpai di sekolah tersebut..

Gambar ular yg diviralkan itu pun tidak benarhanya direka shj..dan mintaklah buang gambar kat hospita yg muka diikat(sedih tgk)dan sy meminta semua rakan FB,perbetulkan cerita..jgn lah ditambah tolok..cerita di sekolah dan hospital sy pun kurang pasti,disebabkan sy dr kuantan pukul 12tgh dan sampai Kb pukul 3.30..anak sudah meninggal..sy juga belum pasti jenis ular yg mematuknya..mintak maaf kpd semua kerana xsempat nk cerita perkara sebenar dan xsempat nk layan call,whatsap dan Fb..Dan terima kasih diucapkan kepada pihak2 jabatan kerajaan yg sempat hadir ke rumah..Sy sbg manusia biasa ni,sedih lah jgk,dia lah seorang anak,dialah seorang rakan yg paling rapat dan sy lah tempat melayan cerita2 budak2 nya..sampaikan nama kawan2 dia kat skolah pun sy ingt..Tapi Allah lebih syg kan dia ..sama2 lah kita terima Qadar dan Qadar Allah swt..yg pastinya taman syurga menunggu mu anakku..Kita semua yg belum pasti dimana-mana..sama2 lah berdoa utk menuju ke jalan yg lurus,aitu jalan org2 yg beriman..


Sekali lagi, kami di Ohsem.la mengucapkan takziah kepada Ruslan dan keluarga dan moga mereka tabah meneri ketentuan Allah S.W.T

Sumber: Facebook Ruslan Ghazali

Artikel berkaitan