Penguin Ini Berenang 5,000 Batu Untuk Bertemu Lelaki Yang Selamatkannya
Penguin
Cara membalas budi paling epik oleh seeokor haiwan!

Kerana budi, seekor penguin sanggup berenang sehingga 5,000 batu setiap tahun demi bertemu dengan lelaki menyelamatkannya daripada hampir mati.

Kisah bermula pada 2011 di mana nelayan dan bekas Tukang batu Joao Pareira Souza 71, dari Rio de Janeiro Brazil, menjumpai seekor penguin kecil terdampar di atas batu di pantai berhampiran rumahnya.

Penguin itu ini hampir mati kerana badannya diseliputi minyak kapal.

Joao membawa penguin itu ke rumah dan membersihkan kepak serta badan penguin itu serta memberinya makan ikan sardin setiap hari untuk mengembalikan tenaganya. Joao menamakan Penguin itu 'JingJing.'

Menariknya, selepas seminggu Joao cuba melepaskan ia semula ke laut tetapi penguin itu tidak mahu pergi sebaliknya tinggal bersama Joao selama 11 bulan.

"Dia enggan pergi tetapi selepas kesemua bulu-bulu dan sayapnya kembali tumbuh, dia terus menghilangkan diri," ujar Joao. Ajaibnya, beberapa bulan kemudian, JingJing kembali ke kawasan pantai itu dan ternampak Joao-ia terus mengikuti Joao ke rumah.

Rupa-rupanya, sejak tahun 2011 sehingga ke hari ini, Jinjing menghabiskan masa lapan bulan setiap tahun untuk datang melawat dan tinggal bersama Joao, sementara waktu selebihnya ia melalui proses pembiakan di antara kawasan pantai di Argentina dan Chile.

(Info: Penguin Magellanic Amerika Selatan seperti Jinjing dikenali sebagai penguin yang berhijrah beribu batu setiap tahun disebabkan aktiviti pembiakan dan mencari sumber makanan)

Menurut kiraan pakar, Jingjing berenang sejauh 5,000 batu setiap tahun untuk bertemu dengan lelaki yang menyelamatkan nyawanya.

"Saya menganggap JingJing seperti anak saya dan saya rasa dia menyayangi saya," kata Joao sewaktu ditemubual Globo TV pada awal Februari lalu.

Menurut Profesor Biologi, Krajewski yang menemubual Joao: "Saya tidak pernah menyaksikan perkara seumpama ini sebelum ini. Saya fikir penguin itu berasakan Joao adalah sebahagian daripada ahli keluarganya. Setiap kali dia melihat Joao, dia akan berasa teruja dan menggoyangkan ekor serta mengeluarkan suara yang kuat."

Jelas, rasa kasih tidak membezakan antara haiwan dan manusia!


Sumber: The Independent

Artikel berkaitan