Pakar Jelaskan 'Dukung Terbalik' Bukan Cara Tepat Selamatkan Mangsa Lemas
Lemas
Foto viral sejak dua hari lalu, menunjukkan seorang lelaki mendukung mangsa mati lemas sambil berlari dan dikatakan mangsa telah hidup semula

Sejak dua hari lalu, telah viral di media sosial tentang seorang budak yang mati lemas 'hidup' semula apabila dia dibawa berlari secara dukungan terbalik di belakang badan.

Dikatakan kaedah tersebut merupakan kaedah sesuai mengeluarkan air daripada badan mangsa untuk mangsa yang 'mati lemas' tidak melebihi 30-40 minit. Foto dan berita tersebut dikongsi ribuan pelayar yang kelihatan bersetuju dengan kaedah tersebut.

Namun, melalui temubual yang dibuat oleh Astro Awani dengan Jurulatih Bertauliah untuk Asas Sokongan Hayat, Mohd Soffian, dia menjelaskan bahawa kaedah itu dianggap tidak tepat jika menggunakan garis panduan yang diamalkan oleh American Heart Association (AHA). Menurut beliau, kaedah seperti yang ditunjukkan dalam foto mangsa lemas yang sedang viral itu tidak pernah digunakan oleh skuad penyelamat profesional.

Menurut hasil kajian AHA, kebanyakan mangsa lemas meninggal dunia bukan akibat tertelan air. Tetapi ia disebabkan ketakutan yang dialami mangsa ketika lemas.

"Otak mangsa lemas akan menghantar mesej agar ia ditutup bagi mengelak air memasuki organ badan. Keadaan ini adalah disebabkan tindakan refleks badan secara semula jadi. Kebanyakan kes sebegini dinamakan sebagai 'dry down' di mana keadaan paru-paru tidak dipenuhi air," ujar beliau kepada Astro Awani.

Menurut Mohd Soffian, ada beberapa kaedah yang boleh dilakukan orang orang-orang biasa apabil berhadapan dengan situasi mangsa lemas. Antaranya:

1. Mangsa perlu dikeluarkan daripada kawasan air dengan segera.
2. Hubungi bantuan pakar perubatan.
3. Jika tidak mahir pernafasan ke mulut, gunakan teknik resusitasi kardiopulmonari tangan (Hands Only CPR) dengan menekan dada mangsa sekiranya mangsa didapati tidak      bernafas atau sedarkan diri.

Kredit: Astro Awani

Artikel berkaitan