Lelaki Kepala Tin Raih RM6,000 hingga 34,000 Seminggu
Tin
Si 'Kepala Tin' masyuk hanya buat persembahan mudah depan orang ramai

Orang kata kalau sudah ada bakat, gunakan saja jika ianya boleh menambah pendapatan.

Bagi Jamie Keton dari Illinois, Amerika dia bukan sahaja menambah pendapatan. Sebaliknya dia menjadikan bakat yang dimiliki sebagai kerjaya utama.

Jamie yang berusia 47 tahun memiliki kulit luar biasa di mana ia boleh menyedut tin an botol serta melekatkan objek tersebut pada wajah, kepala dan badannya tanpa jatuh.

Menurut Jamie, kebolehan tersebut disedari 20 tahun dulu. Dia kemudian membuat keputusan untuk menghiburkan orang ramai dan menjadikan bakat yang dimiliki sebagai kerjaya sepenuh masa.

Orang ramai membayar wang kepada Jamie untuk mengiklankan nama, perniagaan atau produk mereka pada wajah dan baju Jami yang turut digelar sebagai 'Kepala Tin.' Secara purata, dia berjaya memperoleh pendapatan dari RM6,000 sehingga 34,000 seminggu!

Artikel berkaitan