Jual Koleksi Barang Star Wars Untuk Biayai Rawatan Kanser Isteri
Kanser
Jual koleksi kegemaran demi isteri

Buat peminat koleksi barang-barang Star Wars, inilah masanya anda mendapatkan koleksi
item yang diinginkan selama ini.

Apa yang bestnya tentang pembelian ini, anda secara tidak langsung membantu seorang hamba Allah ini bagi menampung pembiayaan rawatan kanser isterinya. Beli sambil beramal. Kan bagus begitu!

Bukan mudah bagi Mohamad Shahril Sabari (Facebook Victor Engku Shah) yang merupakan peminat tegar Star Wars untuk menjual koleksi yang disimpan selama ini kepada umum. Namun, rasa kasih kepada isteri, Noor Azra mengatasi minatnya itu.



Shahril menjual koleksi Lego Star Wars setiap hari Ahad di Pasar Lambak dalam Amcorp Mall, Petaling Jaya pada setiap Ahad untuk mengumpul wang bagi membiayai kos rawatan kimoterapi untuk Azra sejak tahun 2015. Shahril terpaksa berhenti kereja sebagai Pegawai Kewangan untuk menjaga isterinya sepenuh masa dan mengambil keputusan menjual koleksi Star Wars miliknya di Amcorp Mall. Noor Azra memerlukan 12 kali rawatan kimoterapi berjumlah RM60,000.  

Dalam laman facebooknya, Victor Engku Shah, Shahril berkali menyatakan rasa sedih melihat isterinya menahan kesakitan akibat penyakit yang dihidapinya.

Be strong Shahril. Kami doakan yang terbaik buat anda dan isteri!



Buat anda yang ingin membeli koleksi Star Wars milik Shahril, anda boleh temuinya di tingkat dua Amcorp Mall pada setiap Ahad ataupun layari laman facebooknya 'Victor Engku Shah.'

Kredit: Facebook Victor Engku Shah

Artikel berkaitan