Ini Yang Terjadi Bila Keretapi Lambat Tiba di Jepun-Memang Rare!
lambat
Sikap merendah diri dan mengakui kesilapan sebegini yang buatkan rakyat Jepun dihormati

Bila bercakap tentang aspek disiplin yang kuat, tiada negara lain sehebat Jepun.

Masyarakat negara Matahari Terbit ini berpegang kepada disiplin dalam setiap urusan seharian tidak kira samada kecil ataupun besar.

Contohnya, bila keretapi lambat tiba di stesen. Majoriti penduduk Jepun yang bekerja atau pelajar sekolah menggunakan kereta api untuk ke destinasi masing-masing. Di Jepun,
kelewatan melibatkan sistem pengangkutan awam sangat jarang berlaku. Ya, sangat jarang. Apa terjadi bila keretapi di jepun lewat 5 minit? Hanya 5 minit...

Kalau di sesetengah negara, 5 minit itu tidak ada apa masalah kerana yang lewat 10 minit pun pihak pengurusan buat tak tahu sahaja. Paling 'sopan', mohon maaf melalui pembesar
suara mengenai status kelewatan. Tetapi di Jepun, jika keretapi terlewat, pihak pengurusan berasakan permohonan maaf sebegitu tidak mencukupi. Jadi apa yang mereka lakukan?

Jika terlewat walau hanya beberapa minit, para petugas akan berjalan dari kepala kereta api sehingga ke hujung untuk meminta maaf dan membongkokkan badan sebagai tanda menghargai penumpang.

Bayangkan, kalau ada 100 orang penumpang dalam kereta api, petugas ini akan pergi kepada setiap seorang untuk buat benda yang sama!

Paling best, pihak pengurusan stesen kereta api akan keluarkan surat kelewatan sistem kereta api kepada penumpang untuk diberikan kepda majikan atau guru sekolah. Ia sebagai bukti bahawa penumpang terlewat kerana keretapi yang lewat tiba, bukannya kesilapan penumpang itu sendiri!

Kalau Jepun boleh buat, mengapa di tempat lain tidak boleh? Apa yang penting, sikap disiplin itu harus ditanam sedari awal dalam jiwa anak-anak. Kalau dah besar baru nak suruh ikut peraturan, memang susah.

 

Kredit: radar.net

Artikel berkaitan