Ini Respon Penjual Bila Aiskrim 50 Sennya Dikata Mahal-Memang Epik!
Aiskrim
Peniaga berhati mulia

Zaman kegawatan ekonomi seperti sekarang, semua orang cuba melakukan apa sahaja pekerjaan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Kerja tak setimpal dengan kelulusan tak mengapa, janji halal!

Contohnya macam seorang pelayar Facebook, saudara Ikhwan Jaffri yang bekerja sebagai penjual aiskrim dalam pelbagai perisa berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pelanggan yang komplen harga aiskrim mahal.



Apa yang menarik, Ikhwan tidak melenting seperti sesetengah peniaga bila aiskrimnya dikatakan mahal. Sebaliknya, dia bersabar kerana dia tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuba tengok petikan perkongsian oleh Ikhwan di laman Facebooknya:

Akak: "Berapa sebatang aiskrim ni dik?"

Aku: "50 sen je kak"

Akak: "Mahalnya dik, Dulu akak beli murah je"

Aku: "Oh mahal ke? Takpe. Akak ambil je aiskrim sebatang. Saya belanja akak FREE SATU. Haa dulu-dulu walaupun murah pernah tak akak dapat free?"

Akak: "Oh ye ke free? Terima kasih. Ada perisa apa je?"

Aku: "Ada 7 perisa kak. Ada cokelat susu, keladi susu, jagung susu, asam boi, anggur      

jeli, jelly susu, bandung soda dan paling hot cokelat susu kak"

Akak: "Boleh la cokelat susu. Betul ni free?"

Aku: "Betul kak free je. nak makan terus kak? Saya ada gunting untuk potongkan"

Akak: "Boleh la"


Kakak tu pun terus makan. Kenapa aku terus potongkan untuk kakak tu? Supaya dia terus dapat rasa macam mana sedapnya aiskrim special ni. Nak tahu apa jadi lepas tu?

Tiba-tiba kakak tu datang balik dan cakap "dik, bagi kakak cokelat susu empat"

Yeay! Sebenarnya, dalam hidup ni BUKAN SETIAP MASA KITA KENA MENANG. Kadang-kadang, bila kita mengalah dan sabar, Insya Allah ada benda yang lagi baik kita dapat. Apa-apa pun, bertolak ansurlah dalam kehidupan...

Sumber: Ikhwan Jaffri


 

Artikel berkaitan