Ini Akibatnya Kalau Kamu Suka Tidur Dengan Kipas Mengadap ke Badan & Muka
Kipas
Memang syok tidur pakai kipas tetapi perlu tahu kekurangannya

Cuaca sekarang memang sangat panas. Kalau tiada penghawa dingin, memang susah nak tidur waktu malam. Ada yang lagi 'epik,' tak cukup dengan penghawa dingin, kipas pun dibukanya laju-laju.

Buat mereka yang suka pasang kipas sewaktu di rumah, khususnya kipas meja yang dihalakan ke wajah dan badan setiap masa, anda perlu berhati-hati. Berdasarkan kajian, kipas yang dihalakan secara tetap kepada wajah dan badan bakal mengundang masalah-masalah kesihatan seperti berikut:

1. Tubuh Kurang Oksigen
Perkara ini berlaku disebabkan halatuju angin yang memasuki bahagian hidung dan mulut yang tidak mempunyai pengudaraan. Angin yang masuk dan berlegar di dalam bahagian-bahagian tubuh ini tidak keluar. Justeru, tubuh tidak dapat menyedut oksigen dengan baik.

2. Suhu Badan Turun Mendadak
Angin kipas yang menerjah tubuh kita akan membuatkan suhu badan kita turun. Setakat ini, ia belum berbahaya lagi. tetapi apabila kita sudah terlena dan kipas masih dihalakan kepada badan yang mula dingin, lama kelamaan ia membuatkan suhu badan kita turun secara mendadak. Penurunan secara mendadak ini disebabkan tekanan darah dalam tubuh dan sistem pernafasan yang terganggu. Apabila tekanan darah terganggu, ia boleh memberi tekanan kepada fungsi jantung dan paru-paru.

3. Dehidrasi
Menurut Pakar Saraf, Dr. Wendra Ali, apabila badan manusia berada dalam keadaan sejuk terlalu lama, ia akan mengalami kekurangan air akibat proses penyerapan udara sejuk terhadap tubuh badan. Jikalau masih tidak sedar dan terus menerus menggunakan kipas berangin dengan kaedah sebegitu, kelembapan tubuh akan menurun hingga menyebabkan kamu berasa haus. Malah, menurut Wendra terdapat kemungkinan kamu turut diserang hiportemia! (kesejukan melampau hingga menyekat aliran darah ke hidung, telinga, jari, tangan dan kaki).

4. Potensi Diserang Bell Palsy
Akibat wajah terkena angin kipas terlalu lama dan setiap masa, kamu boleh dijangkita Bell Palsy. Sejenis penyakit saraf yang membuatkan wajah menjadi tegang, sukar untuk senyum atau membuat ekspresi. Setakat ini, tiada kaedah pencegahan sesuai untuk pengidap Bell Palsy. Kebiasaannya, doktor akan memberikan antibiotik.  

Sumber:  Radar.net
 

Artikel berkaitan