Gangguan Mental: Ini Yang terjadi Bila Ayah Larang Anak Lelakinya Menangis
Nangis
Jangan samakan anak lelaki dengan perempuan bila mereka manangis

Ibu-bapa mana yang suka tengok anak kecil dia menangis.

Lebih-lebih lagi buat anak lelaki. Bila menangis sahaja si ayah mesti berkata "lelaki mana boleh menangis. Orang perempuan saja yang selalu menangis"

Itu memang taktik 'ekspres' yang terkenal di kalangan bapa-bapa untuk hentikan anak lelakinya daripada mengalirkan air mata. Namun, mengikut kajian perbuatan begitu boleh mendatangkan keburukan kepada si anak.

Menurut Pakar Terapi Hubungan Suami-Isteri, Lena Aburdene yang menulis untuk akhbar Washington Post, perbuatan si ayah yang kerap melarang anak lelaki menangis dan berkata tangisan hanya untuk perempuan, akan memberikan impak negatif kepada anak lelaki tersebut apabila dewasa.

Lena menjalaskan, ungkapan berulang daripada si ayah akan melekat dalam minda si anak. Apabila mereka dewasa, mereka akan menjadi lelaki yang tidak tahu meluahkan emosi ataupun bertindak balas dengan masalah emosi yang dihadapi.

Melalui banyak kes yang dikendalikan Lena Aburdene, lelaki-lelaki dengan masalah emosi sebegini cenderung akan menghadapi kemurungan, rasa cemas, cepat marah dan bertindak melulu tanpa berfikir panjang. Semua masalah ini merupakan gangguan mental yang jika tidak dibendung boleh mengakibatkan masalah kemurungan yang teruk.  

"Kanak-kanak lelaki ini apabila mereka dewasa, mereka akan menjadi lelaki yang tidak beremosi," tambah Lena.

Pesan Lena, bapa seharusnya meluangkan masa dengan anak-anak dan bukan mengambil jalan pintas dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak baik untuk melarang si anak daripada menangis.

Kerana jelas, apa yang didengari sewaktu kecil akan terus diingati dan boleh menjadi penghalang untuk mereka berkembang sebagai individu yang berpotensi apabila dewasa.


Sumber: UTW
 

Artikel berkaitan