Bapa Sanggup Jual Anak Sendiri Kerana Mahu Beli Iphone 6 & Motosikal
Jual
Nak melaram dengan Iphone & motor baru punya fasal, apa saja sanggup dibuat!

Kalau sudah buat salah, lari ke mana sahaja pun rasa tak selamat. Sudahnya menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Itu yang berlaku kepada Duan dari wilayah Fujian, China yang akhirnya menyerah diri selepas berbulan-bulan diburu polis. Duan didakwa melakukan jenayah apabila menjual bayinya hanya kerana mahu mengumpul wang untuk membeli Iphone 6 dan motosikal idamannya.

Jual anak sendiri hanya sebab nak beli Iphone 6. Memang epik alasannya.

Bayi tersebut merupakan 'perkongsian hidup' di antara Duan dan 'isterinya' Xiao Mei yang merupakan gadis bawah umur. Duan kini berumur 19 tahun.

Duan berasa bimbang dan tidak tahu bagaimana dia akan menyara anaknya. Dengan usia semuda itu, dia belum bersedia menjadi bapa. Kehidupan sehariannya dihabiskan dengan bermain internet di beberapa buah kafe di bandar Tong'an, sementara Xiao Mei melakukan beberapa pekerjaan sementara untuk menyara hidup mereka.

Ketika sedang bermain internet, Duan terjumpa satu platform pesanan serta merta yang dipanggil QQ. Ketika dalam pencarian dalam pelayar pesanan itulah dia mengenali seorang
lelaki yang sanggup membeli bayi untuk adik perempuannya yang tidak dapat mengandung akibat masalah kesihatan.

Duan dan lelaki itu berunding dan kemudian mencapai persetujuan dengan nilai sebanyak USD3,520 (RM14,080) untuk bayinya. Duan gembira kerana dengan wang sebanyak itu dia
dapat merealisasikan impiannya untuk membeli Iphone 6 dan motosikal yang diidamkan.

Dia sangat-sangat gembira sehinggakan dia tidak memberitahu Xiao Mei yang dia telah menjual bayi perempuan mereka yang baru berusia 18 bulan! Tersentak dengan tindakan Duan, Xiao Mei bertindak meninggalkan Duan dan keluar dari Tong'an.

Kenalan adik kepada pembeli bayi itu meragui dan mempersoalkan dari mana datangnya bayi berkenaan kerana mereka tahu si adik tidak pernah mengandung. Akhirnya laporan dibuat dan pihak polis berjaya menemui Xiao Mei. Dia mengakui tidak membuat laporan tentang tindakan Duan dan dikenakan penjara selepas melepasi had umur.

Duan pula akhirnya ditangkap dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, sementara lelaki yang membeli bayi daripadanya dipenjarakan selama setahun.

Semuanya Iphone 6 punya fasal!   

Sumber: Epoch Times
 

Artikel berkaitan