7 Istilah-Istilah Lain Babi Pada Makanan & Ubat-Ubatan Yang Anda Tak Tahu
Babi
Ketahui istilah-istilah ini supaya anda lebih berhati-hati pada masa hadapan

Dalam Islam, Babi atau digelar khinzir adalah haram untuk disentuh atau dimakan.

Namun, tidak ramai yang tahu daging babi banyak digunakan sebagai bahan campuran dalam menghasilkan produk makanan dengan menggunakan istilah atau nama lain yang tidak begitu dikenali.

Artikel yang dipetik daripada viralnews-my ini menjelaskan 7 istilah atau nama yang digunakan dalam menghasilkan produk berbentuk makanan dan ubat-ubatan.

Swine: Istilah ini menggambarkan keseluruhan spesies babi.

Lard: Ia merupakan lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masak dan sabun.

Hog: Istilah ini digunapakai untuk babi dewasa yang beratnya melebihi 50kg.

Ham: Daging pada bahagian paha babi.

Sow: Istilah untuk babi betina dewasa.

Sow Milk: Susu daripada babi betina dewasa.

Porcine: Gelatin daripada babi yang digunakan dalam ubat-ubatan. Penggunaan gelatin dariapda babi dikatakan lebih murah daripada gelatin lembu (Bovine). Manakala gelatin daripada tumbuh-tumbuhan lebih mahal daripada kedua-duanya kerana agak sukar untuk diproses
.

Sesetengah ulama berpendapat penggunaan porcine untuk ubat-ubatan hanyalah dibenarkan ketika dalam keadaan darurat sahaja. Sementara yang lain menjelaskan ianya tetap haram kerana bersumberkan haiwan yang haram dimakan.
 

Artikel berkaitan