Topi: Penyeri Atau Pemusnah Imej Lelaki? Tip Menggayakan Dengan Betul
Topi
Kena pandai pilih topi agar sesuai dengan penampilan

Bukan semua orang sesuai pakai topi. Kalau yang bersesuaian pun, kena tengok juga bentuk kepala dan topi yang sesuai. Kali ini Abang Ohsem nak share teknik menggayakan topi
dengan betul khsus buat lelaki yang gemar memakai aksesori ini.

1. Buckett Hat

Gaya topi sebegini mungkin buatkan anda kelihatan macam 'orang lama' sedikit, tetapi jika dipilih dengan apdanan warna dan pakaian yang sesuai, ia mampu menyerlahkan penampilan anda.  Apa yang best tentang topi ini ialah ia selesa dipakai kerana menggunakan fabrik seperti cotton, denim atau kanvas.
Cara Menggayakan: Gayakan dengan t-shirt, bomber jacket atau seluar denim untuk menampakkan anda kelihatan kasual dan santai. Buckett hat juga mudah dikepakkan untuk
disimpan dalam poket anda.

2. Beanie

Beanie cukup popular di Amerika. Kalau dulu ia hanya dipakai ketika musim sejuk atau luruh sahaja. Tetapi sekarang, ia sesuai dipakai bila-bila sahaja untuk menampakkan kelainan dalam penampilan anda. Benie datang dalam pelbagai warna, kepanjangan, lebar dan ketebalan material.
Cara Menggayakan: Pilih warna-warna seperti biru gelap, hitam kelabu atau cokelat emas. Padankan dengan jaket kulit serta seluar denim yang pastinya membuatkan anda nampak bergaya!

3. Minimal Baseball Cap

Topi yang biasa dipakai jejaka-jejaka di Malaysia. Selalunya dipakai dalam acara-cara sukan seperti menonton bola sepak ataupun acara khusus lain. Trend sekarang, topi sebegini ada juga dipakai bersama dengan sut dalam acara formal.
Cara Menggayakan: padankan dengan jaket kulit dan kasut jenis boot. Buat lelaki yang suka gaya minimal, padanan berasma kemeja dan seluar denim sudah mencukupi.

4. The Panama

Topi yang melambangkan diri si pemakai. The Panama kebiasaannya menjadi kegemaran lelaki yang ingin kelihatan gentleman dan perfectionist. The Panama popular kerana rekaannya yang klasik dan mewah.
Cara Menggayakan: Perlu hati-hati memilih Panama agar ianya sesuai dengan anda. Jika anda lelaki yang memiliki bentuk muka besar, pilih Panama dengan saiz yang lebih luas. Untuk yang mempunyai muka kecil, pilih Panama dengan saiz 'ngam ngam' atau yang tidak begitu luas. Anda bakal nampak lebih 'gerek' jika dipadankan dengan sepersalinan tuxedo serta kasut kulit hitam. Memang ada class!  


Sumber: Majalah Maskulin