Teringin Anak kembar? Amalkan Tip & Fahami Fakta-Fakta Ini Dahulu
Kembar
Berusaha mahu anak kembar? ketahui fakta & tip ini dahulu

Bukan senang nak dapat anak kembar kalau tiada genetik yang betul dan faktor keturunan anda yang tidak mempunyai sejarah begitu.

Namun, sebagai manusia kita tidak salah mencuba. Bagi pasangan yang menginginkan anak kembar, fahami fakta dan cuba tip-tip di bawah seperti yang dikongsikan oleh laman web 'Cari Infonet.'

1. UMUR
Ketahuilah bahawa wanita berkahwin bermur 35 tahun ke atas berpotensi untuk melahirkan anak kembar. Ketika ini, segelintir wanita dalam lingkungan umur sebegini akan mendapatkan rawatan kesuburan dan cenderung menghasilkan lebih daripada satu ovum akibat gangguan oleh proses yang dipanggil pre-menopause.

2. BILANGAN ANAK
Mengikut kajian, seseorang ibu yang telah melahirkan ramai anak sebelum ini mempunyai potensi cerah untuk melahirkan anak kembar sekiranya dia mengandung lagi.

3. GENETIK
Jika hierarki keturunan anda yang terdahulu mempunyai sejarah melahirkan anak kembar, maka anda juga berpotensi memiliki anak kembar. Ini disebabkan 'dna' kembar mungkin telah dipindahkan kepada anda. 'Dna' yang dimaksudkan adalah kemampuan anda sebagai isteri untuk menghasilkan dua ovum serentak pada satu-satu masa.

4. DIET
Jika isteri kamu mengamalkan pengambilan makanan tertentu seperti makanan yang mengandungi estrogen tinggi, ia mampu meningkatkan kebarangkalian mendapatkan anak kembar.

5. UBAT KESUBURAN
Wanita yang memgambil ubat keseuburan juga berpotensi untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, seterusnya mempunyai peluang mendapatkan anak kembar.

TIP

Mengikut kajian, amalan memakan ubi, kentang dan susu dapat meningkatkan proses ovulasi pada telur untuk peluang yag lebih baik mendapatkan anak kembar. Malah, dikatakan amalan memakan ketiga-tiga jenis makanan ini juga antara cara terbaik untuk mendapatkan anak pertama buat pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak.

Akhir kata, apa pun keinginan kita, semuanya di atas ketentuan yang Maha Esa. CUba sebaik mungkin dan berdoalah padaNya.

Artikel berkaitan