Suami: 5 Masalah Yang Isteri Selalu Sembunyikan Daripada Kamu
Rahsia
Kalau nak berahsia biarlah berpada-pada

Lumrah berumahtangga. Ada pahit, ada manis. Bukannya panas hingga ke petang setiap masa. Adakalanya hujan juga.

Walaupun hubungan diseliputi masalah, kedua-dua pihak perlu bertolak-ansur bagi menjamin ikatan yang berkekalan. Bagi kebanyakan isterin ada sesetengah rahsia yang disimpan daripada pengetahuan si suami. Perkara ini dibuktikan melalui maklum balas yang dilakukan Foxnews.com terhadap responden wanita yang sudah berumahtangga. Kebanyakan mereka memiliki 5 rahsia seperti berikut:

1. Masalah Kesihatan
Wanita cenderung menyembunyikan masalah kesihatannya daripada suami. Contohnya dia berasa muncul benjolan pada dada tetapi tidak memberitahu kepada si suami. Menurut pakar psikologi, sebab utama wanita tidak mahu menceritakan masalah kesihatan adalah kerana mereka tidak mahu menambahkan tekanan kepada suami. Sedangkan cara sebegitu tidak elok diamalkan kerana orang yang sakit memerlukan sokongan moral dariapda mereka yang dekat dengannya.

2.Masalah dalam hubungan
Apabila kerap berselisih pendapat, sesetengah wanita mengambil jalan untuk tidak lagi mahu mertekak dengan si suami dan memilih rakan ataupun pakar untuk meluahkan perasaan. Ramai wanita menceritakan permasalahan ruamhtangga kepada orang lain tanpa pengetahuan suami dan sering bertanya tentang apakah yang sepatutnya dilakukan.

3. Masalah di ranjang
Masalah di ranjang adalah antara rahsia paling besar yang tidak diceritakan kepada suami, sebaliknya dikongsi bersama rakan sekerja atau teman-teman baik. Antara sebabnya ialah si isteri tidak mahu suaminya berasa terhina apabila mengetahui yang dirinya tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang lelaki. Menurut pakar, perkara ini perlu
dibincangkan secara tenang dan sabar di antara suami dan isteri ketika di dalam kamar.

4. Sukses di tempat kerja
Jangan tak percaya. Ramai wanita tidak begitu gemar menceritakan tentang prestasi cemerlang mereka di tempat kerja kepada suami khususnya yang melibatkan kenaikan pangkat. Ini disebabkan mereka tidak mahu suami berasa tercabar dengan kedudukan isteri dan gaji yang lebih tinggi berbanding pasangan mereka. Tanyalah mana-mana lelaki, mereka mesti suka dengan isteri yang bijak. Tetapi, jika isteri lebih bijak daripada suami, itu akan membuatkan si suami berasa tercabar.

5. Simpanan Rahsia di bank
Menurut kajian, ramai isteri mempunyai simpanan rahsia di bank yang tidak diketahui suami. Konsep sebegini dikatakan telah diajar sejak berzaman lagi oleh para ibu-ibu. Alasan simpanan rahsia ini dilakukan adalah sebagai persiapan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini dalam rumahtangga. Mungkin niat si isteri baik kerana ia hanya sebagai langkah persediaan jika apa-apa terjadi kepada suami (contohnya kemalangan atau kematian), dia boleh menggunakan simpanan tersebut untuk meneruskan kehidupan bersama. Namun, sesetengah suami akan berasa diri mereka dikhianati ataupun ditipu. Penyelesaian? mudah saja. Jangan terlalu berahsia tentang simpanan dan wang ringgit. Suami pula sudah
tahu si isteri ada menyimpan, jangan asyik nak meminjam sahaja!    

Artikel berkaitan