Jangan Buat 9 Bahasa Tubuh Ini Depan Rakan Atau Bos Kamu. Nanti Kantoi!
Bahasa Tubuh
Kenali bahasa-bahasa tubuh dan gunakan di saat memerlukan sahaja :)

Berdasarkan kajian, kira-kira 80 peratus maklumat yang kita terima daripada perbualan dengan orang lain disampaikan dalam bentuk bahasa tubuh-bukannya percakapan.

Masalahnya, dalam kebanyakan masa kita sukar nak faham bahasa tubuh yang ditunjukkan ataupun perasaan mereka ketika itu. Maklumlah, bukan semua orang suka berterus-terang atau 'cakap lepas.'

Jom ikuti tip-tip bagaimana mengenal bahasa-bahasa tubuh seperti di bawah seperti yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

1.  Gaya begini menunjukkan samada anda berasa bosan atau berminat untuk mendengar.



2. Gaya sebelah kiri bermaksud anda tidak bersikap terbuka. manakala sebelah kanan anda sememangnya bersikap mengalu-alukan perbualan.



3. Jika si dia memegang atau meraba-raba hujung lengan baju atau jam tangan itu tandanya dia sedang cuba menenangkan rasa gemuruh atau tidak selesa.



4. Isyarat Mata


   Pandang ke kiri bawah bermaksud dia sedang berfikir
   Pandang tepat ke kiri bermaksud dia sedang mengingati sesuatu bunyi
   Pandang ke kanan bawah bermaksud dua sedang cuba mengingati perasaannya
   Pandang ke kiri atas bermaksud dia cuba mengingati imej atau gambar dalam mindanya.

5. Cara duduk


 

Cara duduk gambar kiri bermaksud anda sudah tak sabar tamatkan perbualan atau tunggu mesyuarat habis. Gambar duduk sebelah kanan bermaksud over confident. Kebanyakan wanita (ketua) tidak suka melihat staf lelaki duduk dengan gaya begini di pejabat.

6. Gaya sebegini biasa dilakukan bila seseorang itu sudah berasa 'fed up.' Ia juga mungkin menunjukkan yang dia berasa dirinya macam kena tipu.



7. Buat lelaki, wanita yang duduk menyilangkan kaki seperti gambar belah kiri kelihatan menarik. Sementara gambar kanan menunjukkan wanita itu agak pemalu.



8. Tapak tangan di belakang memegang tangan satu lagi. Ini bermaksud si pelaku berasa tenang dan yakin dengan dirinya. Tetapi, jika tapak tangan naik jauh ke atas seperti gambar sebelah kanan ia bermaksud si pelaku sedang merengus dan cuba mengawal kemarahannya. 

 

9. Lelaki yang duduk dengan merapatkan tangan pada dada dengan kedua ibu jari terangkat menunjukkan yang dia suka menyendiri dan tidak begitu berminat untuk berbual ketika itu.




Kredit: Brightside

Artikel berkaitan