Goji Bundy & Kisah Laki Bini: Antara Travel Gaya Rambo & Lawak Suami isteri
Buku
Review buku

Agak lama juga Abang Ohsem ambil masa nak beli dua buku di bawah jenama BUKU POJOK ini.

Bukannya sebab fikir nak beli atau tidak, tetapi tiada masa sampai terpaksa pesan dengan sahabat yang berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam awal November lalu.

Itupun hari terakhir dia pergi. Nasib baik masih ada stok!

Hampir sebulan juga nak habiskan baca dua-dua buku ini. Abang Ohsem kalau membaca ambil masa lama sikit. 'Feel' katanya. Bila ada 'feel' barulah sedap nak buat short review betul tak?

1. GOJI BUNDY

Perkara pertama yang Abang Ohsem suka tentang pengembaraan Goji Bundy ialah peristiwa tragik putus tunang yang dialami penulisnya, Riduan A. Dullah. Ia merupakan antara penggerak awal jiwa penulis ini untuk bertekad untuk pergi mengambara ke Australia tanpa ada perancangan rapi dan wang yang mencukupi.

Ia sedikit sebanyak melambangkan reaksi positif penulis setelah melalui tragedi percintaan yang tidak memihak kepadanya. Reaksi putus cinta ini ada pelbagai dan berbeza mengikut individu. Ada yang panjat bumbung nak bunuh diri. Ada yang stress sampai tak lalu makan (atau terlebih makan!) sebab nak lupakan bekas tunang dan bermacam lagi.

Tetapi, Riduan memilih untuk mengembara dengan apa yang dia ada dan itu satu keputusan yang Abang Ohsem respek!

Secara asasnya Goji Bundy menceritakan pengalaman Riduan mengembara ke Australia selama tiga bulan, menjelajahi tiga negeri serta tujuh bandar dan pekan kecil dengan wang sebanyak 300 AUD sahaja. Setiap penghalaman diceritakan dengan terperinci, namun tidak terlalu 'berat' untuk korang hadam. ABang Ohsem suka dengan lenggok setiap plot cerita yang diselitkan dengan lagu-lagu yang Riduan dengar sepanjang pengembaraannya seperti Sylvan Esso, Lykke Li dan banyak lagi.

Impak penceritaan Riduan tampak begitu jelas dengan setiap perjalanan dan tindakannya bersama rakan sewaktu menjalani liku-liku hidup di Australia. Ditipu, berkeja di ladang cherry tomato, tidur dalam khemah dan paling mengesankan-kehidupan berminggu makan nasi putih bersama secubit garam atau kicap tanpa lauk-pauk demi untuk menjimatkan belanja seharian. Itu memang rare!

Nak ABang Ohsem teruskan? Eh mana boleh! Kalau berminat baik korang beli sendiri. Kalau sudah satu buku dicerita itu bukan short review namanya. (Spoiler betul!)

2. KISAH LAKI BINI

Abang Ohsem sudah lama dengar pasal penulis Hamka Kereta Mayat tapi belum pernah membaca buku-buku tulisannya. Pemilihan buku 'Kisah Laki Bini' sebagai bahan bacaan mudah bagi Abang Ohsem kerana Abang Ohsem juga sudah berbini. Jadi apa yang disampaikan oleh Hamka memang mudah dihadam.

Penceritaan dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk situasi perbualan di antara suami isteri yang diselang seli dengan gaya penceritaan berkaitan keagamaan dan politik yang
'ringan'. Antara dialog yang Abang Ohsem suka:

Lady Driver

Sedang asyik bini memandu laju, ada sebuah lagi kereta yang memandu perlahan macam pemandu perempuan. Bila dah potong, tengok-tengok rupanya lelaki. Terus bini cakap, "Kenapalah lelaki ni bawa kereta macam orang perempuan!"

Pesanan: Perempuan sama perempuan pun saling kutuk, adohai...


Itu baru satu. Kalau baca lagi dialog-dialog lain korang pasti akan tersenyum sendirian. Sebelum ABang Ohsem tutup short review ini, Abang Ohsem nak quote kata-kata Hamka yang Abang Ohsem suka dalam buku ini:

Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda selamat dari azab api neraka. Semoga Woha sampai syurga. Woha!

* Nak tahu tentang Buku Pojok, korang layari www.facebook.com/bukupojok









 

Artikel berkaitan